Suntikan Vaksin HPV Percuma

Program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) percuma kepada wanita berumur 18 tahun bermula hari ini dengan fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur,  Putrajaya,  Selangor,  Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain bermula bulan depan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, program itu merupakan usaha mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim).

Suntikan untuk kumpulan wanita berumur 18 tahun sahaja dibuat selepas suntikan bagi kumpulan wanita berumur 13 tahun dimulakan tahun lalu selepas Belanjawan 2012 menyaksikan kerajaan menyediakan peruntukan RM50 juta bagi tujuan itu, katanya.

HPV merupakan penyebab utama kanser serviks yang disebar menerusi hubungan seks dan Daftar Kanser Kebangsaan menganggarkan dua hingga tiga kes baharu kanser serviks dilaporkan setiap hari pada tahun 2007. – BERNAMA

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

  • No Related Posts

What Do You Think?

3,130 views
Close
E-mail It