Tanda-tanda Dan Punca Sakit Mata

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Secara umumnya ramai yang akan mengeruni dengan masalah sakit mata.Ini kerana mata adalah pancaindera yang amat penting dalam kehidupan manusia.Sakit mata sememangnya amat pedih dan gatal sehingga menjadikan mata kemerahan.Sakit mata ini tidak boleh dielakkan kerana ia tidak kira peringkat umur dan kanak-kanak juga mudah dijangkiti.Sepertimana yang sediamaklum bahawa sakit mata adalah sejenis penyakit yang mempunyai virus dan mudah berjangkit.

Ada juga sebilangan yang mempunyai alahan pada bahagian mata yang dipanggil allergik konjuktivitis sehingga menjadikan kegatalan dan kemerahan pada mata.Masalah sebegini sering berlaku dan dikategorikan :-
Konjungtivitis (Selaput luar biji mata)
- Yang terhasil dari jangkitan virus dan kuman (bakteria)
- Mudah berjangkit tidak kira peringkat umur dan perlu mengambil tindakan pencegahan dengan segera.

Sakit mata konjungtivitis berpunca dari :-
- Bulu Haiwan
- Habuk
- Pencuci Peluntur
- Peluntur Cat
- Pengawetan dalam ubat mata

Selain itu kontak lense juga salah satu penyebab yang memudahkan seseorang itu mengalami jangkitan sakit mata.Ini akan membuatkan mata mendapat lecetan pada bola mata yang dipanggil kornea.Kornea ini terlalu lembut,jernih dan sensitif.

Di sini pihak kami ingin berkongsi langkah-langkah yang boleh mengelakkan dari sakit mata
- Jangan berkongsi barangan dengan seseorang yang mengalami sakit mata
- Berhati-hati memilih pencuci kontak lense
- Memakai kaca mata atau vizor ketika memandu terutamanya motor
- Membasuh tangan sebelum dan selepas memegang mata pesakit

Kebiasaannya penyakit begini sememangnya tidak mempunyai risiko yang tinggi tetapi harus berjumpa dengan doktor kerana ada sejenis sakit mata yang di panggil :-
* Infectious keratitis
- Sejenis sakit mata yang dijangkiti pada mata
- Kesakitan pada bola mata
- Sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit.
- kecacatan kekal pada penglihatan sekiranya tidakan segera tidak diambil

Sekiranya berlaku sedemikian haruslah dibawa berjumpa dengan doktor dengan segera agar dapat menggelakkan dari berlakunya kecacatan kekal pada penglihatan.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

2 Responses to “Tanda-tanda Dan Punca Sakit Mata

What Do You Think?

43,369 views
Close
E-mail It