TINDAKAN AWAL MENGURANGI RISIKO PESAKIT TUA

Bila sudah berumur maka terdapat pelbagai penyakit yang akan menyerang.Secara umumnya pesakit yang telah terlalu tua akan menghidap lebih dari satu penyakit yang kadang-kadang tidak pernah dihidapinya semasa muda.Malah gejala yang muncul pula adalah tidak jelas dan sukar untuk dikenalpasti oleh anggota keluarga malah pesakit itu sendiri, dan ini akan menyukarkan anggota keluarga dalam bersiap sedia menghadapi masalah kesihatan pesakit tua ini.Oleh yang demikian bagi mereka yang mempunyai anggota keluarga yang sudah tua maka bolehlah bersiap sedia dan perlu mengetahui gejala-gejala yang sering muncul agar tidak terlambat memberikan bantuan.

Penyakit-Penyakit Pada Usia Tua

Apabila usia semakin lanjut maka jenis penyakitnya juga akan mengalami perubahan.Kebanyakan mereka ini akan berjumpa doktor jika keadaan penyakitnya sudah di tahap serius.Contoh penyakit yang menyerang ialah gangguan kesihatan kardiovaskular,infeksi paru-paru,tumour,rheumatik diabetes dan lain-lain.

Penyakit seperti diabetes ini kadang-kadang ada antara mereka sudah menderita sejak muda tetapi apabila berlaku komplikasi setelah umur lanjut barulah mereka mencari rawatan yang sesuai.Penyakit sendi juga akan sering menyerang orang orang tua.

Bahagian yang sering diserang sakit ialah di bahagian kaki,lutut dan pinggang.Bagi wanita yang berusia 60 tahun ke atas juga sering mengalami masalah kereputan tulang.Selain itu pesakit tua juga akan sering berjumpa doktor mengadu sakit cirit birit,hempedu,kurang darah hingga terlantar kesepian.

Gejala dan tanda penyakit

1)Penurunan tahap kesedaran-boleh dikenali apabila pesakit itu tidur terus menerus sering mengamuk dan rasa gelisah

2)Bercakap yang sukar untuk difahami -tidak menumpukan kepada satu topik sahaja apabila bercakap dan sering bercakap dengan perkara yang tidak penting atau merapu.

3)Pesakit sukar menangkap malkumat yang disampaikan dan tersalah tafsir-sering berhalusinasi.

4)Perubahan perilaku-daripada periang kepada pendiam dan pemurung

5)Pola tidur yang berubah-contohnya siang tidur banyak tetapi malam sukar untuk tidur

6)Sering terjatuh akibat pitam-jangan diperiksa luka atau lebamnya sahaja tetapi periksalah penyebab kepada jatuh itu.

7)Buang air kencil yang tidak terkawal-mungkin akibat jangkitan saluran nafas yang berat,strok atau lumpuh tulang belakang.

8)Tidak mampu bergerak-pesakit asyik terbaring sahaja dan tidak mahu makan dan bergerak-mungkin akibat luka di bahagian punggung berdekatan bahagian pinggul.
Tindakan awal

1)Penurunan tingkat kesederan dan perubahan perilaku

-Jika ini berlaku jangan dibiarkan pesakit ini keluar rumah bersendirian dan sentiasa mengawasi keadaan nya.Kalu boleh bagi pesakit berehat dan dibaringkan mengiring serta pastika ada yang menunggu nya.Bila suhu badan pesakit panas tuamkan badan mereka dengan air sejuk dan sebaliknya.Sentiasa bersabar dengan kerenah mereka jaga emosi anda untuk tidak menyakiti hati pesakit ini.

2)Jatuh

-Cuba cari punca kenapa mereka boleh terjatuh adakah mereka pening, pitam atau jalan yang tidak stabil.Cuba periksa luka dan lebam yang mereka alami akibat jatuh.Selain itu kalau ada kecederaan di kepala dan pesakit pening hendaklah menyruh mereka baring dahulu.Dan kalau boleh pastikan tangga atau lantai tidak licin atau berlumut.

3)Kencing dan buang air besar tidak terkawal

-Yakin dan pujuklah pesakit untuk mendapatkan rawatan awal bagi mengesan punca masalah agar ia tidak berlarutan.

Technorati , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

3,072 views
Close
E-mail It