Ulser Mulut
Ulser mulut adalah sejenis penyakit yang kebiasaannya berlaku kemerahan berbentuk tompokkan bulat pada bahagian-bahagian dalam mulut.Kebiasaanya pesakit akan mengalami kegatalan dan terasa sedikit denyutan bisa pada bahagian ulser.kemungkinan pada mulanya ulser berlaku hanya mengalami luka dari kesan tergigit namun ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan seseorang itu mengalami tekanan.
Pesakit akan merasakan ketidak selesaan di bahagiaan dalam mulut dan sekiranya ia tidak dirawat ulser itu akan mudah dijangkiti kuman dan mudah membesar serta bertukar warna menjadi kekuningan seakan menanah.Ulser ini bukanlah penyakit yang serius namun ia perlu dirawat agar ia tidak melarat dan akan membuatkan rasa sakit apabila ingin makan,minum,memberus serta akan menjadikan pernafasan berbau.
Ada juga sebilangan yang menderita disebabkan ulser mulut yang berlarutan.Biasanya ulser akan terjadi dalam sekitar seminggu namun ia boleh kembali kemerahan semula sekiranya tiada langkah berjaga diambil.
Punca Berlakunya Ulser Mulut
- Menurut kajian punca masalah ini masih belum dikenalpasti.Namun ia boleh dilihat dari sudut jangkitan virus dan dari faktor alahan.Seseorang yang mempunyai ketahanan badan yang lemah atau sering mengalami alahan ia mudah dijangkiti ulser mulut.Ulser mulut juga mudah dihidapi apabila seseorang itu :-
a)-Kekurangan zat besi,vitamin b
b)-Tidak menjaga kebersihan mulut
c)-Alahan pada makanan
d)-Tekanan
e)-Tergigit
Beberapa bahagiaan yang sering berlakunya ulser
a)-Dalam mulut bersebelahan pipi
b)-Bibir
c)-Lelangit
d)-Gusi
e)-Bahagian atas dan bawah lidah
Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk merawat kesakitan ulser mulut seperti:-
- Mengelakkan pengambilan makanan yang pedas dan makanan
yang masam seperti jeruk
- Berkumuh dengan satu cawan air suam yang telah dicampur dengan satu sudu teh biji ketumbar (3-4 kali sehari)
- menyapu bahagian ulser dengan santan dan madu
- Memperbanyakkan memakan buahan seperti pisang serta dadih

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
August 2nd, 2012 06:24
Boleh kah ulser pada mulut bayi menyebabkan masitis pada payudara ibu sekiranya ibu menyusukan anak pada saat anak mengalami ulser mulut?
December 12th, 2012 06:59
anak saya kerap mendapat ulser mulut, bengkak2 di muka disertai dengan gatal sehingga ke kepala,adakah ini bentuk alahan makanan?
February 23rd, 2014 12:24
Amalkan mengambil vit c 1bj setiap hari dan vitamin b compleks .Alhamdulillah sangat membantu..
http://www.terapisaraf.com/