Wabak Selsema Babi Semakin Serius

GENEVA 30 April – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema kepada fasa

lima atau kurang setingkat di bawah tahap maksimum.

Peningkatan itu menandakan dunia di ambang wabak besar-besaran atau pandemik berikutan wabak selesema babi yang telah meletus di

Mexico dan merebak ke seluruh dunia.

“Saya mengambil keputusan untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap pandemik influenza daripada fasa empat kepada fasa

lima,’’ umum Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan semalam.

“Langkah ini menjadi isyarat kepada kerajaan, kementerian kesihatan dan industri farmasi di seluruh dunia bahawa tindakan tertentu kini perlu diambil dengan kadar lebih segera,” katanya.

Beliau membuat pengumuman tersebut selepas mesyuarat tergempar pakar pandemik agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu. Chan berkata, semua negara kini perlu segera mengaktifkan pelan persiapan menghadapi pandemik.Beliau menegaskan ancaman yang timbul berikutan wabak selesema babi yang tertumpu di Mexico dan Amerika Syarikat (AS) ‘mesti dipandang serius’ kerana seluruh umat manusia terancam jika berlaku pandemik.Fasa

lima, iaitu kurang selangkah sebelum fasa enam yang menandakan pandemik, digambarkan sebagai ‘isyarat tegas bahawa pandemik boleh berlaku tidak lama lagi dan tempoh untuk menyiapkan langkah-langkah pengawalan yang dirancangkan adalah singkat’, menurut WHO. Chan menjelaskan, pakar memutuskan untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga itu kerana kes jangkitan ‘berterusan’ daripada manusia kepada manusia bukan sahaja berlaku di

Mexico tetapi juga di AS.“Apabila kita mendapati dua negara yang terletak di satu kawasan WHO menunjukkan penyebaran sedemikian, kita melangkah kepada fasa

lima,” kata beliau.Sungguhpun boleh difahami bahawa penduduk kini berasa bimbang, isu kesihatan itu perlu ditangani dengan tenang.“Adalah penting kita tidak bertindak secara keterlaluan, sebaliknya kita perlu mengambil sikap bertenang supaya kita boleh terus mengurus wabak ini secara rasional,” katanya.Beliau juga menegaskan, WHO tidak mengesyorkan penutupan sempadan atau mengehadkan pergerakan manusia atau barangan.Disebabkan persiapan yang dilakukan berikutan wabak selesema burung, negara-negara juga dalam keadaan lebih bersiap sedia untuk menangani pandemik.“Langkah-langkah persiapan yang diambil disebabkan influenza H5N1 merupakan pelaburan dan kita sekarang memanfaatkan pelaburan ini,” kata Chan.Di bawah peraturan WHO, fasa enam atau pandemik akan dicapai jika atau bila virus selesema babi didapati merebak secara berterusan antara manusia di pekan-pekan atau dalam komuniti lebih luas di sekurang-kurangnya sebuah benua lain selain benua Amerika. – AFP

Sumber: Utusan

Malaysia

Technorati , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

6,572 views
Close
E-mail It