Soal Jawab
Sekiranya anda mempunyai masalah, sila rujuk soal jawab berikut terlebih dahulu
1. Apakah rawatan alternatif Mahsuri?
rawatan alternatif Mahsuri (RAM) adalah kaedah pemeriksaan dan rawatan berdasarkan tenaga resonan. Pengamal (RAM) berpendapat bahawa setiap benda yang wujud mempunyai kadar tenaganya yang tersendiri. Tenaga ini wujud hasil dari pergerakan atom – atom yang membentuk benda berkenaan.
Kerosakan sesuatu benda, organ atau kehadiran penyakit adalah berpunca dari gangguan terhadap susun atur atom berkenaan yang akhirnya menyebabkan kadar tenaganya juga terganggu. Oleh yang demikian untuk merawat organ mahupun penyakit maka tenaga yang sebenar hendaklah dipancarkan semula. Untuk merawat penyakit pula gelombang yang berlawanan frekuensi perlulah dipancarkan sehingga kewujudan tenaga penyakit berkenaan dapat dimusnahkan.
2. Bagaimanakah RAM mengesan penyakit?
RAM mengenalpasti menggunakan teknik termoden mengenalpasti potensi penyakit seseorang samada diperingkat fizikal, spiritual, emosi mahupun mental.
Rambut pesakit diambil ( dikenali sebagai OUT , “Object Under Test” ). Penganalisaan dibuat secara berkomputer dan data – data yang diperolehi akan dicetak untuk kajian yang lebih mendalam.
3. Selain dari rambut, apakah bahan yang boleh digunakan sebagai ‘OUT’ ( Object Under Test ) ?
Selain rambut, boleh juga menggunakan sedikit darah, air liur, kuku ataupun gambar ( warna ) pesakit sebagai OUT.
4. Bolehkah saya mengambil rawatan RAM tanpa menghantar OUT ?
Boleh! beritahu kami penyakit yang sedang anda hadapi dan kami akan menyediakan rawatannya. Sekiranya anda telah mendapatkan pengesahan doktor ini lebih membantu kami merawat anda.
5. Kenapa rasa ubat RAM semuanya sama?
Ubat RAM yang anda ambil adalah dari bahan yang sama dikenali sebagai “vehicle”. Bahan ini telah dikenalpasti sebagai pemerangkap pancaran tenaga yang terbaik. Beza diantara satu ubat dengan ubat yang lain adalah jenis tenaga – tenaga yang dipancarkan.
6. Saya tinggal jauh dari pusat rawatan RAM, bagaimana saya boleh mendapatkan rawatan?
Anda boleh poskan RAMBUT kepada kami dan pihak kami akan menghantar ubat menggunakan poslaju berserta laporan analisis potensi penyakit.
7. Berapa lamakah saya perlu mengambil rawatan RAM ?
Ini bergantung kepada kadar kerosakan yang sedang anda alami. Sekiranya sakit tersebut sudah terlalu lama biasanya dapat dipulihkan dengan izin ALLAH dalam tempoh 3 bulan. Bagi penyakit yang baru dengan kadar kerosakan sederhana tempoh yang diperlukan adalah sebulan.
Bagi penyakit seperti pening, muntah dan lain–lain yang mendadak kerapkan pengambilan ubat setiap 15 minit ataupun 1 jam.
8. Apakah ada kesan sampingan bila menggunakan ubat RAM ?
Tiada kesan sampingan. Yang ada hanyalah “aggravation” iaitu suatu keadaan dimana penyakit – penyakit yang terpendam dalam tubuh anda dikeluarkan satu persatu. Kesan ini tidaklah mesti berlaku. Sekiranya berlaku hentikan sementara pengambilan ubat RAM sehingga anda tenang semula. Ambil semula ubat RAM dan ulangi kaedah ini sehingga tidak ada lagi “aggravation” berlaku.
Email This Page
|
Print It
| 






November 9th, 2007 08:12
Assalammualaikum.. untuk makluman saya mempunyai masalah penyakit tiroid yang perlu kerap makan ubat sekiranya saya tidak mengambilnya badan saya terasa kurang selesa menggigil,cepat penat,badan kurang seimbang sekejap naik sekejap turun..boleh kah produk kesihatan RAM membantu saya agar badan saya sihat kembali.
November 10th, 2007 14:04
Waalaikumsalam Norazwana,
Antara punca penyakit/faktor risiko Tiroid adalah disebabkan
1-Genetik atau ‘oncogen’
2-Terdedah pada bahan-bahan radioaktif
3-Ketidakseimbangan horman dalam badan
4-Jangkitan kuman dan virus
5-Pertumbuhan sel yang tidak terkawal
Merujuk pada soalan diatas terdapat banyak gangguan yang perlu dibetulkan.Jika menggunakan kaedah di RAM kesannya dapat dilihat selepas membuat rawatan.InsyaAllah. Kepada pelawat blog ini yang ingin mencuba kaedah Terapi Saraf,Sila buat temujanji di talian 03-9173 9786 atau HP 013 3712 334
November 20th, 2007 11:56
assalamualaikum..
saya nak tanye..dlm 1bulan mesti sakit kepala sebelah je maksudnye migrain..ada rawatan utk pyakit ini??apa2 punca2nya??sy bhrap mahsuri dpt mbantu saya kerana saya terasa tersiksa bila alaminye..tq..
November 21st, 2007 12:19
Waalaikumsalam Rokiah
Rawatan migrain ini amat mudah dirawat. Puncanya dari peredaran darah dan saraf yang tersumbat serta emosi kita yang sering terganggu.Untuk keterangan lanjut sila hubungi pusat rawatan ini untuk temujanji.Terima Kasih
November 28th, 2007 08:50
Assalamualaikum,
Saya nak tanya, suami sering mengadu sakit di bahagian tumit kaki kiri. Dia mengalami sakit yang sama lebih kurang 3 tahun dan sekarang agak teruk bila dia terasa sakit di pinggang juga.
Bolehkah saya tahu apa masalah yang dihidapi dan adakah ia disebabkan oleh saraf?
January 4th, 2008 09:42
asalamualaikum
saya nak tanya, kakak saya menghidap scoliosis (tulang membengkok) ada tak rawatan untuk scoliosis?
January 8th, 2008 11:15
pls taip Name & Mail sendiri bagi memudahkan mahsuri menjawabnya kembali..terima kasih
January 18th, 2008 10:25
Assalamualaikum wbt..
Saya ingin bertanya kepada mahsuri,saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 22 Disember 2007 lepas dan 23 Disember 2007 disebelah rumah suami..Akad nikah pula pada 14 Disember 2007..tetapi pada 14/12/07 tuh,saya dan suami belum pun tidur sekali..pada 18/12/07 saya datang haid dan habis pada 24/12/07..saya mula “bersama” dengan suami pada 25/12/07..tetapi sekarang badan saya jadi lesu,letih,asyik nak tidur,loya pun ada jugak tapi xmuntah..saya nak tahu tanda2 awal hamil bagaimana?adakah apa yang saya alami kini adalah tanda2nya? saya minta mahsuri berikan saya jawapan kerana saya belum mempunyai pengalaman..terima kasih mahsuri…
January 22nd, 2008 09:52
Assalamualaikum wbt..
Saya ingin bertanya dan berkongsi masalah dengan mahsuri. saya bapa tunggal yang telah 8 tahun membesarkan 2 org anak, lelaki (11 tahun) dan perempuan (10 tahun). anak-anak saya mempunyai masalah malas belajar, kurang tumpuan & tidak mendengar kata. tahun demi tahun pelajarannya makin merosot & mebimbangkan saya. di masa lapang, hanya suka bermain dan bila disuruh belajar, hanya bertahan 10 minit sahaja. anak-anak saya juga mudah lupa rutin harian yg saya terapkan setiap hari seperti menyusun kasut di rak, mengemas barang permainan dsbnya. jika saya tidak bersuara, mereka tidak membuatnya.
saya meminta jasa baik mahsuri sekiranya ada cara alternatif utk menyelesaikan masalah saya
sekian, terima kasih
March 20th, 2008 13:29
saya telah mengunakan kacamata sejak sekolah menegah, sekarang telah bekerja dan power spek 350/400. adakah mahsuri mempunyai rawatan/produk yang sesuai kerana saya sudah rimas dan tidak selesa berkaca mata setelah sekian lama menggunakannya..sekian terima kasih
March 24th, 2008 09:10
Salam,
Saya ingin ingin tahu s/ada rawatan ini boleh merawat penyakit scoliosis?
April 24th, 2008 18:39
Saya ingin ingin tahu s/ada rawatan ini boleh merawat penyakit parkinson .
May 11th, 2008 23:56
Assalamualaikum, saya ingin bertanya.. pakcik saya mengidap penyakit kanser darah. Adakah penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan kaedah RAM? terima kasih..
May 14th, 2008 10:56
saya menghadapi sakit belakang(sciolisis),yang telah disahkan oleh doktor saya tidak mengetauhi samaada ianya serius atau tidak,tetapi sejak akhir-akhir ini sakit belakang saya semakin kerap menyerang,untuk pengetauhan tuan saya berkerja dalam sektor perubatan yang meggunakn bannyak tenaga,adaka pekerjaan ini sesuai untuk kesihatan saya,apa saranan dan rawatan yang perlu bagi saya….
delima,
Ana….
July 14th, 2008 09:43
Salam…saya menghidap penyakit batuk berpanjangan dan ujian medikal telahpun dibuat..doktor menyatakan bahawa itu adalah alahan biasa…namun batuk saya masih lagi berpanjangan…disamping itu juga warna mata putih saya menunjukkan perubahan..ujian fungsi hati juga telah dibuat dan keputusan semuanya ok…doktor menyatakan bahawa saya cuma menghidapi masalah dirty sclera…namun saya melihat perubahan warna mata putih saya lama-kelamaan menjadi semakin teruk….jadi,saya ingin bertanya,adakah rawatan alternatif untuk masalah saya ini…terima kasih…
July 14th, 2008 11:43
salam…saya nak tahu tanda-tanda kanser darah?saya selalu mengalami gusi berdarah yang berterusan……
July 14th, 2008 15:45
Salam.
saya selalu mengalami kancing gigi atau kekejangan otot semasa tidur dan lebih ketara bila badan sangat penat.
macam mana saya boleh mengatasi atau mengurangkan apa yang saya alami ini
July 23rd, 2008 10:54
salam mahsuri….
saya ingin bertanya? sekarang ni saya mengalami sakit tulang belakang. sakitnya kian hari kian teruk. setelah dibuat pemeriksaan saya dapati terdapat pembengkokan tulang di bahagian pinggang saya. sakit tersebut membuatkan saya tidak dapat membuat kerja-kerja berat, duduk dan berdiri yang terlalu lama, tidur secara duduk kerana bila saya tidur secara baring saya sukar untuk bernafas dan saya ingin maklumkan juga bahawa dibahagian leher saya juga mengalami kesakitan yang teramat sangat. saya sukar untuk menelan sesuatu makanan walaupun dalam bentuk cecair. saya juga terpaksa menahan kesakitan ini dan saya sentiasa berasa pening-pening, loya-loya dan muntah angin. kepala saya juga berasa teramat sakit yang tak terhingga. apakah sebab-sebab sakit saya ini mahsuri…adakah ia berpunca dari dalam kepala, leher atau tulang belakang itu sendiri???
August 15th, 2008 23:21
Tuan,
Tolong jangan publish surat ini.
Kawan saya selalu mengadu suaminya selalu minum beer atau arak., boleh kah dengan mendapat rawatan di pusat tuan, ketagih ini dapat dilupakan.
Suami kawan saya berumur 48 tahun dan ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Saya berharap dapat menolong keluarga itu. Adakah rawatan ini murah ?
Siekian, terima kasih.
athirai Gopal
December 12th, 2008 10:29
saya baru disahkan mempunyai penyakit ketumbuhan otak jenis suprasella meningioma yg bukan cancer slps kabur penglihatan sebelah kiri…Apakah rawatan yg sesuai utk saya?
December 25th, 2008 23:01
Salam…
Mahsuri.Ann ada perkara yang nak dikongsikan bersama Mahsuri. Anak perempuan Ann telah 2 kali kekejangan dibahagian rahang (mungkin kancing gigi) semasa tidur. Air liur meleleh semasa kekejangan berlaku,tetapi apabila dikejutkan dia berada didalam keadaan tenang dan kekejangan tersebut berhenti. Bila ditanya sama ada dia kesakitan atau tidak dia menyatakan tidak. Mengapa ini terjadi dan apakah rawatannya?
January 23rd, 2009 09:00
bf sy selalu mgadu sakit kpla…adakan krn migrain…atau pyakit lain seperti ada darah beku dlm otak @ knser otak…apakan tnda2 knser otak
February 16th, 2009 14:53
salam,
saya menggidap penyakit buah pinggang
saya nak tahu cara rawatnnya dan cos nya
tq.
February 16th, 2009 15:05
salam,
saya nak tanya mahsuri tentang penyakit mak saya
mak saya mengidap penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, jantung dan buah pinggang, dia telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 1998 iaitu menukar injap. tetapi pada masa yang sama dia mengidap batu hempedu
bolehkah mahsuri merawat mak saya?
terima kasih.
March 5th, 2009 22:12
assalamualaikum..
sy nk tau ubat apa yg sesduai utk masalah buasir…sy mengalami buasir yg xsakit.tp ada lebihan isi keluar dr tpt buang air besar tu.xtau la tu buasir ke x…cara apa yg perlu saya ambil supaya lebihan isi masuk balik ke dalam..mudah2an lebihan isi tu akn masuk balik.insya allah…apa2 mklumat leh x awk emelkan kpd saya di jawe85@yahoo.com…terima kasih..
April 15th, 2009 20:33
saya nak tanya rawatan bagi paru-paru berair. bagaimana cara rawatan? adakah tuan ada menawarkan rawatan berikut. thanks
May 7th, 2009 09:35
salam,,
ank saudara sy berumur 2thn sering mengalami demam panas dan mengalami kekejangn otot secara tiba2,,sy nk tahu apakah punca dan bagai mana cara untuk mengubati penyakit kekejangan otot tersebut/,,
May 14th, 2009 12:40
Salam,
Saya disahkan doktor mengidap penyakit PCOS. Untuk pengetahuan, saya telah berkahwin selama 7 tahun tetapi masih tidak mempunyai anak. Bagaimanakah cara rawatan ini untuk membantu saya menangani masalah tersebut?
June 2nd, 2009 09:42
sye nak tnye mcm ne nak rawat penyakit kuman di celah peha..
sye berasa runsing…kerana dye mningalkan kesan hitam dan luka
June 10th, 2009 12:20
nak tanya….abang saya menghidap penyakit aids. ada tak cara untuk menyembuhkan? semua tempat yang saya tanya….kata tiada penawar. saya merayu…kepada sesiapa yang tahu penawar sila hubungi saya…. 016-9026244
June 10th, 2009 22:37
assalamualaikum wbt..isteri saya mengalami masalah tulang belakang bengkok (scoliosis) tetapi tidaklah terlalu ketara..bolehkah rawatan ini digunakan utk menyembuhkan penyakit tersebut..kalau boleh,bagaimana cara dan kos perubatan..sekian,terima kasih.
July 13th, 2009 12:52
assalamualaikum..
saya nak tanya apakah kesan daripada kerap membuang air kencing. saya kerap membuang air kencing selepas meminum air. ini menyebabkan badan saya kekurangan air dan kulit kelihatan kering. adakah ini melibatkan kelemahan pundi kencing saya???apakah ada rawatan untuk membnatu masalah saya ini…
sekian terima kasih.
January 10th, 2010 15:12
salam..
sy ingin tahu,bolehkah pesakit kanser(tidak kira kanser apa) mendermakan jantungnya selepas mati?
January 23rd, 2010 09:42
assalamualakum..
saya ingin tahu,jika seseorang mempunyai penyakit kanser otak, berapakah kemungkinan zuriatnya untuk mewarisi sakitnya? selain itu, kanser otak mempunyai berapa peringkat? rawatan apa yang disediakan untuk penyakit ini dan ubat jenis apa yang sesuai di ambil?
adakah pemakanan nya berbeza dari individu biasa dan bolehkah senaraikan faktor2 penyakit ini dan cara rawatan paling baik..
seseorang yang mengidap penyakit ini berpeluang untuk sembuh sepenuhnya?
terima kasih.
January 29th, 2010 01:59
assalamualaikum..sy seorang lelaki 27 tahun dan ingin brtanya,,,tubuh sy sering mggigil terutama dibhg tangan dan jari..lebih2 lg ketika kepenatan,kpanasan @gemuruh..semasa bersekolah dlu sy ada merasainya sdikit tetapi skrg sy rasa ia semakin teruk sehingga sy sukar memegang benda2 yg kecil..sy rasa sy ptut mndapatkan rawatan tetapi sy x pasti dimana..apakah penyakit sy sy?mengapah ia trjadi?dimanakah sy boleh mndapatkan rawatan?
January 29th, 2010 02:00
assalamualaikum..sy seorang lelaki 27 tahun dan ingin brtanya,,,tubuh sy sering mggigil terutama dibhg tangan dan jari..lebih2 lg ketika kepenatan,kpanasan @gemuruh..semasa bersekolah dlu sy ada merasainya sdikit tetapi skrg sy rasa ia semakin teruk sehingga sy sukar memegang benda2 yg kecil..sy rasa sy ptut mndapatkan rawatan tetapi sy x pasti dimana..apakah penyakit sy sy?mengapah ia trjadi?dimanakah sy boleh mndapatkan rawatan?
January 29th, 2010 02:02
maaf salah taip email
February 4th, 2010 23:14
Salam..
Saya mengalami penyakit scolisis, berusia 33 dan mempunyai 3anak. Tidak pernah membuat pemeriksaan… Ada masa bahagian pinggang saya terasa begitu sakit. Boleh pihak RAM membantu saya?
February 19th, 2010 17:18
assalamualaikum wbt..
semalam, ibu saudara saya membuat pemeriksaan biasa di hospital kerajaan. ini kerana pada bahagian bawah perut beliau,terdpat satu bonjolan keras di bahagian kiri.ibu saudara saya baru dikenal pasti menghidap ketumbuhan dalam ovari. namun doktor tersebut menyuruh ibu saudara saya merujuk pada doktor pakar sakit puan dan diminta datang pada bulan Mei untuk pembuat pemeriksaan dengan doktor pakar.. 3 bulan setengah terlalu lama .. saya bimbangkan kesihatan beliau..adakah rawatan RAM dapat membantu ibu saudara saya? cara rawatan dan sebarang maklumat bolehlah diemailkan kepada saya …
March 3rd, 2010 14:52
salam…suami saya pernah mengalami mild stroke..tetapi kini beransur pulih..tetapi dia masih belum dapat menggunakan tangan kiri sepenuhnya..matanya juga seperti bengkak..nak tanya adakah RAM ada rawatan yang sesuai untuknya?
March 6th, 2010 15:08
assalamualaikum…saya nak tanya..minyak dalam makanan harian ada kaitan dengan migrain atau tidak?