- Rawatan Alternatif Mahsuri - http://www.mahsuri.com.my/blog -

Soal Jawab

Posted By admin On November 6, 2007 @ 2:02 pm In | 75 Comments

 Sekiranya anda mempunyai masalah, sila rujuk soal jawab berikut terlebih dahulu

1. Apakah Rawatan Alternatif Mahsuri?

Rawatan Alternatif Mahsuri  (RAM)  adalah kaedah pemeriksaan dan rawatan  berdasarkan tenaga resonan. Pengamal (RAM) berpendapat bahawa setiap benda yang wujud mempunyai kadar tenaganya yang tersendiri. Tenaga ini wujud hasil dari pergerakan atom – atom yang membentuk  benda berkenaan.

Kerosakan sesuatu benda, organ atau kehadiran penyakit adalah berpunca dari gangguan terhadap susun atur atom berkenaan yang akhirnya menyebabkan kadar tenaganya juga terganggu. Oleh yang demikian untuk merawat organ mahupun penyakit maka tenaga yang sebenar hendaklah dipancarkan semula. Untuk merawat penyakit pula gelombang yang berlawanan frekuensi perlulah dipancarkan sehingga kewujudan tenaga penyakit berkenaan dapat dimusnahkan.
 

2. Bagaimanakah RAM mengesan penyakit?

RAM  mengenalpasti menggunakan teknik termoden mengenalpasti potensi penyakit seseorang samada diperingkat fizikal, spiritual, emosi mahupun mental.

Rambut pesakit diambil ( dikenali sebagai OUT , “Object Under Test” ). Penganalisaan dibuat secara berkomputer  dan data – data yang diperolehi akan dicetak untuk kajian yang lebih mendalam.
 

3. Selain dari rambut, apakah bahan yang boleh digunakan sebagai ‘OUT’   ( Object Under Test ) ?

Selain rambut, boleh juga menggunakan sedikit darah, air liur, kuku ataupun gambar ( warna ) pesakit sebagai OUT.
 

4. Bolehkah saya mengambil rawatan RAM tanpa menghantar OUT ?

Boleh! beritahu kami penyakit yang sedang anda hadapi dan kami akan menyediakan rawatannya. Sekiranya anda telah mendapatkan pengesahan doktor ini lebih membantu kami merawat anda.
 

5. Kenapa rasa ubat RAM  semuanya sama?

Ubat RAM yang anda ambil adalah dari bahan yang sama dikenali sebagai “vehicle”. Bahan ini telah dikenalpasti sebagai pemerangkap pancaran tenaga yang terbaik. Beza diantara satu ubat dengan ubat yang lain adalah jenis tenaga – tenaga yang dipancarkan.
 

6. Saya tinggal jauh dari pusat rawatan RAM, bagaimana saya boleh mendapatkan rawatan?

Anda boleh poskan RAMBUT kepada kami dan pihak kami akan menghantar ubat menggunakan poslaju berserta laporan analisis potensi penyakit.
 

7. Berapa lamakah saya perlu mengambil rawatan RAM ?

Ini bergantung kepada kadar kerosakan yang sedang anda alami. Sekiranya sakit tersebut sudah terlalu lama biasanya dapat dipulihkan dengan izin ALLAH dalam tempoh 3 bulan. Bagi penyakit yang baru dengan kadar kerosakan sederhana tempoh yang diperlukan adalah sebulan.

Bagi penyakit seperti pening, muntah dan lain–lain yang mendadak kerapkan pengambilan ubat setiap 15 minit ataupun 1 jam.

8. Apakah ada kesan sampingan bila menggunakan ubat RAM ?

Tiada kesan sampingan. Yang ada hanyalah “aggravation” iaitu suatu keadaan dimana penyakit – penyakit yang terpendam dalam tubuh anda dikeluarkan satu persatu. Kesan ini tidaklah mesti berlaku. Sekiranya berlaku hentikan sementara pengambilan ubat RAM sehingga anda tenang semula. Ambil semula ubat RAM dan ulangi kaedah ini sehingga tidak ada lagi “aggravation” berlaku.

[1] Technorati [2] emosi, [3] mental, [4] rambut, [5] rawatan, [6] tenaga

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


Article printed from Rawatan Alternatif Mahsuri: http://www.mahsuri.com.my/blog

URL to article: http://www.mahsuri.com.my/blog/soal-jawab

URLs in this post:
[1] Image: http://www.technorati.com/tag/
[2] emosi: http://www.technorati.com/tag/emosi
[3] mental: http://www.technorati.com/tag/mental
[4] rambut: http://www.technorati.com/tag/rambut
[5] rawatan: http://www.technorati.com/tag/rawatan
[6] tenaga: http://www.technorati.com/tag/tenaga