Kahak ekstrem hijau dan berbau

Berdehem dengan kuat bukan cara yang selamat untuk mengeluarkan kahak.

SERINGKALI sesetengah orang berdehem pada awal pagi untuk membuang lendir kahak yang seolah-olah melekat di dinding tekak mereka.

Berdehem serta batuk yang kuat itu pula kadangkala mengganggu orang lain terutama jika ia dilakukan di tempat awam.

Menyentuh mengenai lendir kahak, persepsi masyarakat yang mengaitkannya dengan resdung tidak dapat dielakkan walaupun kedua-duanya tiada kaitan.

“Tiada istilah tentang resdung dalam dunia perubatan. Malah kebanyakan individu mengaitkan resdung dengan cara yang salah,” ujar Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Aminuddin Saim.

Menurut beliau, tekak berkahak merupakan keadaan di mana belakang tekak membengkak dan ini membuatkan penghidapnya berasa tidak selesa.

“Tekak kadangkala hanya mengalami sedikit bengkak atau keradangan namun tiada lendir. Ketidakselesaan ini membuatkan otak mengatakan terdapatnya lendir.

“Oleh kerana otak menganggap ada lendir di situ, aktiviti berdehem atau batuk secara kuat dengan tujuan mengeluarkan lendir tersebut selalu menyebabkan tekak berdarah,” ujarnya sambil menunjukkan keratan rentas model anatomi bahagian tekak.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, menurut Aminuddin, secara amnya, penyakit berkaitan kahak terbahagi kepada dua jenis iaitu kahak berunsur alahan dan kahak disebabkan jangkitan kuman daripada sinus.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Air Proses Pembersihan Tubuh

Kita memang  dinasihatkan untuk meminum air putih dengan banyak kerana jika kekurangan air badan kitab akan mudah terganggu oleh pelbagai dehidrasi,keletihan,kurang tumpuan dan boleh juga menyebabkan sakit kepala dan juga pelbagai masalah lain akan berlaku.Untuk pengetahuan anda 60 peratus dari tubuh kita adalah air jadi air memang penting untuk tubuh kita.

Minumlah dua gelas air putih, dua jam sebelum berolahraga dan sepanjang berolahraga itu sempatkanlah diri anda untuk minum beberapa teguk air setiap 15 minit dan minum dua gelas lagi bagi setiap 15 minit dan minumlah dua gelas lagi setelah selesai berolahraga.Potassium,Sodium,magnesium,chloride dan sulphur adalah sejenis mineral yang terdapat dalam air putih dalam kadar berbeza-beza iaitu bergantung kepada dari mana sumber air tersebut diperolehi.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It