Hati berlemak

INI adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh obesiti dan diabetes – hati berlemak. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.

Menurut Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Ryan Ponnudurai, hati berlemak turut dikenali sebagai FLD, hepatosis steatorea atau hepatitis steatosis.

Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar membran lemak tepu berkumpul di dalam sel hati melalui proses steatosis.

Hati berlemak terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu hati berlemak biasa (steatosis), dan hati berlemak berkaitan dengan keradangan (steatohepatitis).

“Secara asas, penyakit ini timbul akibat pengambilan alkohol terutama di negara Barat. Namun, keadaan semakin berubah. Kini, kes berkaitan hati berlemak tanpa kehadiran alkohol (NAFLD) semakin meningkat,” ujarnya.

Perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.

Tanpa simptom yang khusus, penyakit itu lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas selain penghidap obesiti atau diabetes.

“Kebanyakan pesakit tidak menyedarinya. Disebabkan penyakit ini berkaitan dengan sindrom metabolik (diabetes, tekanan melampau serta obesiti), pemeriksaan biasa tidak mampu mengesan kehadiran lemak pada hati.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

PARKINSON

http://www.mahsuri.com.my/analisis

Pengenalan Penyakit

-Pesakit mengalami masalah hilang daya ingatan menggeletar, lambat pergerakan dan bongkok
-Ini berlaku disebabkan oleh kehilangan sel-sel di bahagian pangkal otak yang menyediakan ‘ neotransmitter’ kepada bahagian dalam otak yang dipanggil ‘Basal Ganglia’.
-Sel-sel tersebut adalah Dopanine, Acetycholine, Serotonin, Norepinepherine dan lain-lain.

Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Tubuh pesakit kelihatan bongkok
-Pergerakan, percakapan, tindakan dan pemikiran mereka menjadi terlalu perlahan
-Sukar untuk menelan makanan
-Mata , mulut dan tangan menggeletar
-Sendi-sendi dan otot-otot menjadi ketat

Komplikasi

-Kemurungan (depression)
-’Dimentia’ (nyanyuk)
-’psychosis’ (tidak siuman)
-’Confusion’ (kekeliruan)
-Pertuturan sukar difahami
-Masalah menelan makanan
-Sembelit
-Tidak dapat mengurus diri sendiri
-Tidak dapat bergerak dengan mudah terutamanya semasa tidur
-Pesakit akan mengalami beberapa penyakit lain seperti tyhroid, darah tinggi, diabetes dan kekurangan darah.
http://www.mahsuri.com.my/analisis

Technorati , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

FOBIA

Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus.

Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama.Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders).umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa (abnormal fears).

Jenis-jenis fobia.

1)Fobia biasa (Simple Phobia)
2)Fobia agora (Agora Phobia)
3)Fobia Sosial (Social Phobia)

-Fobia biasa dikatakan jarang sekali berlaku. Antara ciri=cirinya adalah takut  pada ular,kegelapan,lif,menaiki kapalterbang atau berada ditempat tinggi.
-Fobia Agora biasanya bagi mereka yang takut berada di tempat-tempat umum  seperti pasar,dalam bas,atau jambatan atau keadaan bersesak-sesak dengan  orang ramai.
-Fobia sosial berlaku apabila seseorang itu merasa takut,tidak selesa dan  cemas dalam situasi seperti perjumpaan,berinteraksi dengan rakan atau makan  di khalayak ramai.

Langkah pencegahan.
-Penghidap seharusnya tidak mengelakkan diri daripada berhadapan dengan   situasi yang ditakuti.
-Yakinkan diri bahawa tiada bahaya akan menimpa anda.
-Teknik relaks (relaxation techniques).
-Tumpukan perhatian dan fikiran pada sesuatu yang positif bagi membantu  meneutralkan perasaan bimbang atau takut yang dialami

Komplikasi.
-Kemurungan (depression).
-Gangguan dari aspek aktiviti harian atau sosial.
-Panik.
-Mengambil minuman keras secara berlebihan.
-Merasa rendah diri (inferiority complex) dan tidak mempunyai ramai kawan.

Technorati , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It