Ulser Mulut
Ulser mulut adalah sejenis penyakit yang kebiasaannya berlaku kemerahan berbentuk tompokkan bulat pada bahagian-bahagian dalam mulut.Kebiasaanya pesakit akan mengalami kegatalan dan terasa sedikit denyutan bisa pada bahagian ulser.kemungkinan pada mulanya ulser berlaku hanya mengalami luka dari kesan tergigit namun ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan seseorang itu mengalami tekanan.
Pesakit akan merasakan ketidak selesaan di bahagiaan dalam mulut dan sekiranya ia tidak dirawat ulser itu akan mudah dijangkiti kuman dan mudah membesar serta bertukar warna menjadi kekuningan seakan menanah.Ulser ini bukanlah penyakit yang serius namun ia perlu dirawat agar ia tidak melarat dan akan membuatkan rasa sakit apabila ingin makan,minum,memberus serta akan menjadikan pernafasan berbau.
Ada juga sebilangan yang menderita disebabkan ulser mulut yang berlarutan.Biasanya ulser akan terjadi dalam sekitar seminggu namun ia boleh kembali kemerahan semula sekiranya tiada langkah berjaga diambil.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
