Kelebihan Bersenam

Gelombang hidup sihat mula melanda negara kita, tetapi sedihnya sebilangan besar masyarakat Malaysia kurang memberikan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan lebih teruk ke-rana mengandaikan mereka bebas daripada penyakit.

Nampaknya tanpa sedar ramai yang memegang konsep ‘Saya sihat sehinggalah dibuktikan sakit’. Ia konsep pincang yang perlu dibuang kerana pegangan seperti inilah membuatkan ramai tidak melihat kepentingan pemeriksaan kesihatan, walaupun sedar mengamal-kan gaya hidup yang boleh menjerumuskan ke lubuk penyakit.

Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah dengan bersenam. Semua orang tahu perkara ini, tetapi berapa ramai yang benar-benar sedar dan menjadikannya sebagai satu agenda harian yang wajib dilakukan?

Ramai pakar perubatan menyifatkan senaman antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan dalam merawat dan me-ngawal pelbagai masalah kesihatan. Namun, masih ada kelompok yang mencari-cari alasan untuk melepaskan diri daripada menunaikan tuntutan badan ini.

Bahkan ada banyak kepercayaan salah mengenai senaman. Berikut disenaraikan beberapa fakta untuk kita renungkan bersama dan moga-moga boleh dijadikan perangsang bagi memulakan gaya hidup yang lebih cergas dan sejahtera.

Read the rest of this entry »

Technorati , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It