KETIDAKMAMPUAN UNTUK MENGAWAL DIRI DARI KENCING

Seseorang yang normal mampu untuk menahan diri dari kencing sementara mencari tandas dan mengawal jika berada di tempat-tempat yang tidak sepatutnya contohnya seperti di dalam kereta atau di dalam sesuatu majlis.Manakala jika seseorang itu mengalami masalah  ketidakmampuan menahan diri dari kencing bermakna anda tidak dapat  menahan rasa hendak kencing dan akibatnya anda akan kencing di seluar sebelum sempat anda mencari tandas dan apabila masalah ini berlaku maka anda telah mengalami satu masalah besar dalam kehidupan seharian.

Wanita dan lelaki berisiko untuk mendapatkan ketidakmampuan menahan diri dari kencing ini terutama apabila disebabkan oleh  kecederaan neurology,kecacatan sewaktu lahir,strok,multiple sclerosis dan masalah fizikal yang disebabkan oleh penuaan.Selain itu bagi wanita masalah ini kerap juga berlaku apabila mereka mengandung dan melahirkan anak serta jika wanita itu menopause.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Bayi perlu belaian

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Sentuhan merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu untuk melahirkan kasih sayang mereka kepada permata hati mereka.

Sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin, sentuhan menghasilkan perasaan kasih sayang yang lebih mendalam buat si manja kepada ibu mereka.

Lantaran perkembangan fizikal dan emosi bayi banyak dipengaruhi oleh hubungan serta interaksi ibu bapa dan anak, maka perlunya ikatan melalui sentuhan kasih sayang.

Melalui sentuhan tersebut, bayi akan mula belajar komunikasi dan mengalami perubahan tumbesaran.

Menurut Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai, sentuhan lembut menjadi pemangkin kepada perkembangan bayi.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Apakah Penyakit Gusi ?

Kebanyakan dari kita boleh mengalami penyakit gusi yang tanpa kita sedari  dari awal.Penyakit gusi ini boleh dielakkan atau jika ia baru bermula ia juga boleh di rawat seandainya dapat dikesan diperingkat awal.

Gejala penyakit gusi ialah :

1-Pendarahan gusi ini kerana gusi yang tidak sihat akan lebih sensitif dan cepat berdarah terutama apabila memberus gigi berbanding gusi yang sihat.
2-Gusi membengkak dan menjadi merah
3-Terdapat ruang antara gigi
4-Gigi kelihatan agak panjang dari biasa
5-Pernafasan anda berbau busuk atau kurang menyenangkan apabila bercakap
6-Keadaan gigi yang agak longgar dari gigi yang normal
7-Terasa gatal atau sakit yang samar-samar pada gusi

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Khasiat dalam sebiji epal

ARKIB : 05/06/2009

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout

Gout adalah penyakit yang sering dihidapi kebanyakannya oleh kaum lelaki dan perempuan yang sudah putus haid atau menopause juga berisiko mendapat penyakit gout ini tetapi risikonya tidaklah sebesar kaum lelaki.

Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan penyakit gout mungkin menyerang anda adalah anda mungkin terasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki.Apabila disentuh sendi itu akan sakit dan di ikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout ini terjadi akibat dua faktor iaitu asid urik yang berlebihan di dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan di dalam badan.Oleh kerana asid urik berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum jarum kristal di sendi sendi dan sakit serta ia juga akan membentuk di tempat lain juga akhirnya akan menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Mulut Berbau

Adakah anda pernah menghadapi masalah mulut berbau? Pasti ramai yang berasa kurang selesa apabila mulut kita berbau ataupun orang yang terdekat dengan kita menghadapi masalah ini.Memang memalukan terutama apabila kita berbual dengan seseorang dan kemudian dia cuba berpaling dari kita kerana tidak tahan bau mulut kita yang berbau.Sekiranya anda kurang tahu bahawa mulut anda berbau atau tidak cuba buat cara ini semburkanlah nafas anda ke tapak tangan yang menghadap ke hidung anda dan jika nafas anda berbau anda akan dapat menghidunya.Cara kedua semburkan nafas anda ke anak kecil selepas itu tanya mereka samada berbau atau tidak selalunya anak-anak yang kecil ini tidak menipu dan jujur bila berkata.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Elakkan perut daripada kekejangan dan kesakitan

Apabila anda mengambil makanan atau minuman yang terlalu panas atau sejuk, esofagos iaitu saluran makanan untuk makan daripada mulut ke perut akan bertindak balas dengan mengecut atau mengembangkannya dengan cepat.Ini akan menyebabkan asid hidroklorik yang cuba bertahan dengan kejutan yang tidak dikehendaki akan dikeluarkan.Apabila asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut ini menyebabkan sakit perut.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

OSTEOARTRITIS

Pengenalan Penyakit

-Ketidakseimbangan mekanisme yang terdapat pada sendi-sendi menyebabkan lapisan antara sendi-sendi menyebabkan lapisan antara sendi yang dinamakan sendi tulang rawan (articular oartilage)menjadi haus dan menipis, jadi tiada ‘kusyen’ yang boleh melindungi saraf dan tulang.
-’Osteo’ bermaksud tulang, manakala ‘artritis’ pula inflamasi atau radang tulang sendi.Sendi-sendi tersebut adalah lutut, tulang belakang,ibu jari tangan dan kaki serta pangkal peha.

Jenis-Jenis Penyakit

-Primer
-Sekunder

Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Primer – belum diketahui puncanya
-Sekunder – terjadi akibat komplikasi dari artritis
-Reumatoid, ankilosing, gout, kecederaan dan ‘osteonecrosis’

Tanda-Tanda / Simptom

-Penghidap berasa kebas pada jari tangan yang bersifat sementara
-Kelainan pada sendi tulang rawan menyebabkan tulang bertindak balas sehingga menimbulkan timbunan tulang yang baru yang dipanggil ‘osteophyte’.Ini akan mengakibatkan benjolan dan pembengkakan yang keras pada sendi serta sedikit kecacatan.Ligamen dan tendon juga menjadi sakit
-Tulang rawan mungkin akan tercedera atau terkoyak
-mencetus rasa nyeri serta ngilu pada pesakit

Komplikasi

-Kesulitan untuk menguruskan diri serta hilang upaya untuk melakukan aktiviti yang rutin
-Kesukaran untuk duduk, berjalan atau bergerak, menaiki kenderaan serta mengangkat benda yang berat
-Susah untuk tidur kerana sakit yang berterusan

Technorati , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KANSER OTAK

KANSER OTAK

a) Pengenalan Penyakit
-Ketumbuhan pada otak di bahagian tertentu otak yang memberi implikasi yang teruk pada pesakitnya.

b) Jenis-jenis kanser Otak
-Supra tentoria (bahagian atas otak)
-Infra tentoria (bahagian bawah otak)
Kanser pada bahagian atas otak ialah
-Astrocytoma (ketumbuhan otak yang bukan berasal daripada sel-sel saraf)
-Craniopharngioma (berasal daripada saki baki Rathker)
-Kanser kelenjar pinea

Kanser pada bahagian bawah otak ialah;
-Infra tentorial
-Medulloblastoma (belakang otak)
-Cerebeller astrocytoma (ketumbuhan pada serebrum)
-Brain stem glioma (pangkal otak)
-Ependymoma (ketumbuhan serebral yang berasal daripada sel-sel ependimal slia.Ia menyekat cecair serebrospina dan menyebabkan hidrosefulus) jenis yang paling kerap berlaku.

c)Punca penyakit/faktor risiko
-Genetik atau keturunan
-Radiasi pada otak
-Pesakit AIDS,leukimia dan kegagalan buah pinggang kuman? virus ‘papova’semasa hamil.Ia memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkan.

d) Tanda-tanda/Simptom
Pada peringkat bayi mereka akan mengalami:
-Proses pertumbuhan yang tidak normal-tidak boleh merangkak walaupun berusia enam bulan
-Hydrocephalus (kepala besar) kerana meningkatnya tekanan pada kepala
-Ubun-ubun membengkak,bayi akan gelisah,tidak bermaya dan kurang menyusu

Pada peringkat awal kanak-kanak
-Mengadu sakit kepala berulang-ulang
-Kelihatan letih dan tidak bertenaga
-Prestasi pembelajaran menurun
-Lebih menderita kerana tekanan dalam otak semakin tinggi

Simptom yang lebih ketara
-Sakit kepala yang lebih teruk pada bahagian depan dan tepi kepala
-Muntah yang memancut dan sakit kepala pada awal pagi
-Sawan boleh berlaku,contohnya kejang pada tangan
-Kabur penglihatan
-Kanak-kanak yang menderita pada bahagian infratentoria tidak dapat berdiri atau berjalan dengan stabil
-Sekiranya kanser merebak pada brain stem (pangkal otak) kanak-kanak akan mengalami
-Gangguan pada pertuturan
-Sistem pernafasan terganggu
-Lemah anggota badan
-Gangguan pada fungsi-fungsi saraf otak

Peringkat lewat
-Koma
-Boleh pengsan

c)Langkah Pencegahan
-Pengawasan dari ibu bapa dapat membantu pengesanan kanser otak di peringkat awal sekiranya terdapat kanak-kanak sering mengadu sakit kepala

Rawatan Alternatif, Analisis Penyakit, Terapi Saraf

Rawatan Alternatif Mahsuri dapat membantu menyelesaikan masalah darah tersumbat,masalah sakit saraf  dengan Terapi Saraf.

Segera hubungi di talian 03 9173 9786 @ 013 3712 334  Web: http://www.terapisaraf.com

Technorati , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (4 votes, average: 4.5 out of 5)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It