Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout
Gout adalah penyakit yang sering dihidapi kebanyakannya oleh kaum lelaki dan perempuan yang sudah putus haid atau menopause juga berisiko mendapat penyakit gout ini tetapi risikonya tidaklah sebesar kaum lelaki.
Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan penyakit gout mungkin menyerang anda adalah anda mungkin terasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki.Apabila disentuh sendi itu akan sakit dan di ikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk.
Penyakit Gout ini terjadi akibat dua faktor iaitu asid urik yang berlebihan di dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan di dalam badan.Oleh kerana asid urik berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum jarum kristal di sendi sendi dan sakit serta ia juga akan membentuk di tempat lain juga akhirnya akan menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
