Awasi Tiroid Sebelum Ia menjadi Kanser

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.Kebiasaannya  kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.

Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

JANTUNG BERLUBANG

-Terdapat kelainan pada jantung kongenital yang disebabkan oleh dinding jantung tidak terbentuk secara normal sebelum kelahiran.
-Pengaruh /kesan jangkitan pada janin dalam tiga bulan pertama kehamilan.

Jenis-Jenis Penyakit

1)ASD (atrial septal defect)
-Satu keadaan dimana terdapat satu lubang antara atria,menyebabkan oksigen dari bahagian kiri jantung masuk semula ke bahagian kanan.Oleh itu bilik jantung bahagian kanan terpaksa mengepam dengan lebih kuat yang mengakibatkan ia bengkak.Apabila pengaliran darah ke paru-paru menjadi bengkak,tekanannya meningkat dan merosakkan paru-paru.Ia juga dikenali sebagai sakit jantung tidak biru(acyanostic congenital heart diseases)

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Hati berlemak

INI adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh obesiti dan diabetes – hati berlemak. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.

Menurut Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Ryan Ponnudurai, hati berlemak turut dikenali sebagai FLD, hepatosis steatorea atau hepatitis steatosis.

Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar membran lemak tepu berkumpul di dalam sel hati melalui proses steatosis.

Hati berlemak terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu hati berlemak biasa (steatosis), dan hati berlemak berkaitan dengan keradangan (steatohepatitis).

“Secara asas, penyakit ini timbul akibat pengambilan alkohol terutama di negara Barat. Namun, keadaan semakin berubah. Kini, kes berkaitan hati berlemak tanpa kehadiran alkohol (NAFLD) semakin meningkat,” ujarnya.

Perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.

Tanpa simptom yang khusus, penyakit itu lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas selain penghidap obesiti atau diabetes.

“Kebanyakan pesakit tidak menyedarinya. Disebabkan penyakit ini berkaitan dengan sindrom metabolik (diabetes, tekanan melampau serta obesiti), pemeriksaan biasa tidak mampu mengesan kehadiran lemak pada hati.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Jangan abaikan simptom lenguh

SELAIN bahu beku, sindrom bahu lenguh merupakan keadaan yang sering dialami oleh semua orang terutama individu yang bekerja di pejabat atau kilang.

“Ramai menganggap bahu lenguh seperti perkara biasa namun apabila ia dibiarkan tanpa sebarang terapi dan rawatan, ia mampu memberi kesan sakit yang membebankan,” kata Siti Farah Aini Jamaludin.

Sindrom yang membabitkan tengkuk dan bahu ini mampu merebak ke dada bagi lelaki manakala golongan perempuan akan terasa ngilu di bahagian atas payu dara.

“Berdiri atau menghadap komputer dengan postur yang salah selama beberapa jam akan memberi tekanan kepada otot.

“Sebab itu, berehat selama lima minit pada setiap setengah jam mampu memberikan rehat kepada otot dan sendi.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...

Mengawal Kemarahan Sebelum Sebelum Memakan Diri

Marah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat tapi apabila ia  tidak dapat dikawal,emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda.Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian dan menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.Rasa marah ini boleh disebabkan perihal dalaman dan luaran.Biasanya ia melibatkan perubahan fisilogikal dan biologikal seseorang ketika marah,tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga,adrenalin dan noradrealine jadi jika anda ingin hidup gembira dan sihat kawal kemarahan anda sebaiknya.

Caranya adalah seperti berikut :

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It