Kebersihan kunci kawal wabak

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Oleh NURUL ANUAR KARI
WABAK menjadi satu perkataan utama di kalangan media cetak dan elektronik bulan ini berikutan kemunculan virus baru di Mexico dan juga kes meningitis di Melaka. Namun, ini bukan kali pertama negara, dan juga dunia, digemparkan dengan berita wabak pandemik dengan kemunculan virus Nipah, Japanese encephalitis (JE) dan selesema burung H5N1.
Apa yang lebih penting untuk difahami umum adalah penularan penyakit berjangkit bawaan virus mahupun bakteria ini bukan hanya berkaitan isu bawaan haiwan, tetapi turut berkait rapat dengan tahap kebersihan diri dan persekitaran.
Bersih untuk selamat
Sebelum ini kita dimaklumkan bagaimana selesema burung H5N1 mudah disebarkan melalui bangkai dan najis haiwan dijangkiti. Influenza A H1N1 yang sebelum ini dikenali sebagai selesema babi pula dikaitkan dengan haiwan yang dikenali hidup dalam kotoran, dan menjadi hos kepada bermacam jenis penyakit haiwan dan manusia.
Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
Posted in rawatan | No Comments »
Seperti yang kita tahu setiap wanita pasti mengalami keputihan danĀ itu adalah perkara normal bagi seorang wanita jika mengalami keputihan kerana seperti organ lain seperti mulut yang sentiasa basah dengan air liur serta mata yang dibasahi air mata begitu juga bahagian dalam vagina yang selalu basah oleh lendir yang dihasilkan oleh kelenjar dalam rahim.
Dalam keadaan normal atau biasa selalunya vagina akan mengeluarkan cecair yang berlendir berwarna putih dan tidak akan berbau.Ia juga dipanggil fisiologi dan lendir ini mengandungi banyak epitel dan sedikit leukosit (sel darah putih).Jangan risau apabila keputihan bertukar menjadi kekuningan kerana lendir yang keluar apabila teroksida oleh udara akan bertukar menjadi warna kuning apabila terlekat di seluar dalam.Ia adalah normal.
Posted in rawatan | 1 Comment »
BELI SECARA ONLINE