Kelam-kabut sindrom penyakit

Suatu hari, gurunya melihat koordinasi pergerakan Alim agak berbeza berbanding rakan-rakannya termasuk lambat dalam menyalin sesuatu yang ditulis di papan tulis, lalu akhirnya dia menyarankan agar Alim dibawa berjumpa pakar perubatan.

Diagnosis dan ujian yang dijalankan mendapati, tingkah laku kelam-kabut Alim itu sebenarnya berpunca daripada abnormaliti pada sistem motor dan saraf dalam tubuhnya.

Dikenali sebagai Dysprexia, penyakit ini umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.

Pakar Runding Psikitri Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh menjelaskan, dysprexia yang banyak dihadapi kanak-kanak lelaki sebenarnya mampu dikesan dari awal lagi.

Gagal ikat tali kasut

“Dysprexia atau istilah mudahnya sindrom kanak-kanak kelam-kabut, merupakan satu keadaan yang tidak ubah seperti autisme, dylexia, dan kanak-kanak hiper aktif (ADHD).”

“Namun yang membezakannya ialah dysprexia melibatkan ketidakjajaran pergerakan motor anggota badan dan otak,” jelasnya.

Tambah Nor Hamidah, simptom awal dysprexia boleh dikesan pada setiap peringkat perkembangan motor bayi iaitu daripada merangkak dan berjalan.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Zat Penting Untuk Otak

Otak memerlukan khasiat yang mencukupi untuk berkembang baik dan otak perlu dijaga kerana ia adalah organ yang paling penting untuk manusia.Namun begitu adakah anda tahu apa zat atau khasiat yang cukup diperlukan oleh otak?

1)Protein – protein membolehkan otak menghasilkan bahan-bahan neurotranemitter untuk membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel ke sel yang lain.Dari protein juga terhasil enzim-enzim untuk berbagai fungsi sel.

2)Lemak – Melalui lemaklah tubuh badan kita dapat memperolehi bahan-bahan asas untuk membina mambran sel.Jika lemah dinding sel maka lemahlah sel otak.

3)Glukosa – Glukosa adalah sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi dan glukosa diperolehi dari kaborhidrat.

4)Garam Galian – Garam galian sperti magnesium,kalsium sodium,potassium dan selenium penting untuk sel berhubung antara satu sama lain dengan sempurna.Ia juga membantu dalam fungsi enzim.

5)Vitamin – Penting untuk menghasilkan bahan penting untuk otak dan ia berperanan untuk mempertahankan oksigen dalam otak.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It