Penyakit Kuning@Jaundis

Jaundis, dikenali sebagai penyakit kuning, merupakan salah satu komplikasi kesihatan yang amat besar. Kematian telah dilaporkan disebabkan penyakit kuning. Anda perlu mengambil penjagaan yang baik daripada orang yang menderita dengan diabetes jika tidak ia boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius. Pada dasarnya penyakit kuning bermaksud pencemaran kekuningan kulit.

Malah, mata, kuku, dan lidah akan mendapatkan tinta kekuningan. Kuning ini adalah diperhatikan kerana jumlah yang hadir bilirubin dalam darah yang berlebihan. Ia adalah fungsi hati untuk mengeluarkan amaun yang berlebihan  bilirubin dari darah. Kandungan bilirubin dalam darah meningkat kerana berfungsi hati. Jika jaundis tidak dirawat pada peringkat awal, maka ia boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang serius.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

Awas puting bayi!

ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.

Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.

Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

CARA ELAKAN MAKAN WAKTU BERDIET

Perkara paling sukar untuk mereka yang berdiet adalah untuk menahan diri dari mengambil makanan di saat perut berkeroncong lapar.Namun ada cara mudah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan anda yang sedang dalam proses menguruskan badan dari terdorong mengambil makanan ;

1. Rehat :Ketagih makanan sebenarnya dikaitkan dengan stress jadi lakukan sesuatu yang mebuatkan anda tidak memikirkan tentang makanan.Buatlah aktiviti permainan yang tidak ada kait mengait tentang makanan.

2. Haruman vanilla :haruman vanilla boleh membantu anda yang sedang ketagih makanan.Letakkan sedikit haruman tersebut pada tisu dan hidu ketika anda memerlukannya.

3. Jauhkan makanan :jangan simpan makanan ringan didalam rumah ia akan membuatkan anda terpedaya untuk memakannya.Sebaliknya simpanlah buah-buahan segar yang lebih elok untuk anda yang sedang berdiet.

4. Sibukkan Diri : Ketagihan untuk makan sebenarnya hanya dialami dalam tempoh 15 minit sahaja.Jadi bila anda rasa teringin untuk makan,lakukanlah sesuatu seperti menelefon rakan,minum segelas air ataupun berjalan.

5. Bersenam :senaman rutin akan mengurangkan ketagihan kerana senama menghasilkan endorphin hormone yang membuatkan anda bersa gembira.Perasaan ini akan mengurangkan ketagihan makan anda berbanding jika anda berasa sedih.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It