Gejala Kurang Darah (Anaemia)

Oleh : RAWATAN ALTERNATIF MAHSURI

Anaemia adalah sejenis penyakit yang boleh dikategorikan kurang darah didalam sistem badan.Kebiasaan orang yang menghidapi anaemia sentiasa dalam keadaan yang kurang stabil.Ini kerana metabolismenya tidak sampai ke tahap yang normal disebabkan circulation darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.Seseorang yang menghidap anaemia biasanya akan sentiasa mengalami
- Pening
- Pitam
- Lemah otot
- Cepat Penat

Anaemia berkait rapat dengan sistem peredaran darah dan boleh membuatkan seseorang hilang kawalan untuk menyeimbangkan sistem badan sendiri.Seseorang yang mengalami anaemia juga sering kelihatan pucat kerana oksigen tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk sampai ke otak.Banyak yang boleh disangkut pautkan dengan anaemia dan kalau tidak diberi perhatian ia akan membawa bahaya pada seseorang.

Masalah ini juga mudah berlakunya kepada wanita hamil kerana kadar antibodi yang tidak stabil.Kalau tindakan awal tidak diambil ia akan membahayakan kandungan dan membawa banyak masalah ketika ingin bersalin.Kebiasaanya ketika waktu bersalin rahim akan lambat mengejut selepas proses kelahiran dan akan membuatkan seseorang itu tumpah darah.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KEMURUNGAN

Sesetengah dari kita selalu mengadu sakit badan,sentiasa lesu, lemah, dan rasa malas untuk melakukan sebarang aktiviti dan mengatakan ini semua berpunca dari kelitahan akibat bekerja keras.Adakah betul tekaan anda?Sebenarnya ramai yang tidak tahu yang tanda tanda atau simptom seperti itu bukan sakit badan biasa yang disebabkan oleh letih tetapi adalah tanda tanda anda berisiko untuk mendapat penyakit kemurungan.82 % orang yang pergi mendaptkan rawatan tidak mengetahui ia sakit dan manakala 18 % lagi mengambil pil anti kemurungan.

Sebenarnya untuk pengetahuan anda penyakit kemurungan ini adalah serius dan menjadi penyakit ke-empat serius didunia dan penyakit ini juga bukan penyakit yang sengaja diada-adakan lebih-lebih lagi dalam ekonomi gawat sekarang ini yang membuatkan ramai orang yang mengalami masalah dan mula berfikir banyak.Tanda-Tanda penyakit kemurungan ini ialah kurang minat melakukan aktiviti  yang biasa dilakukan,hilang mood dan rasa cepat marah, menjadi sensitif dan sedih tanpa sebab, hilang tumpuan pada kerja dan sampai satu tahap pesakit akan bertindak ingin membunuh diri akibat tekanan perasaan yang kuat.

Kemurungan ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonim dan noradrenalin.Serotonim ialah bahan kimia dalam saraf pusat yang boleh mengubah mood seseorang.Kemurungan ini juga boleh menyebabkan pesakit berisiko mendapat penyakit berbahaya lain seperti kencing manis.

Jenis-jenis kemurungan

1-Reaktif-Paling biasa dan disebabkan oleh trauma
2-Endogenus – Tidak dapat biasakan dengan kehidupan seharian dan adalah disebabkan unsur genetik.
3-Penyakit Bipolar – Penyakit kemurungan mania
Kemurungan ini dapat dicegah jika kita menjalani kehidupan dengan sabar dan tenang,jangan terlalu ‘high expectation’ hingga sukar untuk dicapai, rancang segala tugas dengan teratur, elakkan duduk bersendirian dan memikirkan sesuatu masalah, libatkan diri anda dengan aktiviti yang berfaedah, bawalah berbincang jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan yang penting jangan salahkan diri sendiri jika berlaku kegagalan.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It