Tanda-tanda Dan Punca Sakit Mata

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Secara umumnya ramai yang akan mengeruni dengan masalah sakit mata.Ini kerana mata adalah pancaindera yang amat penting dalam kehidupan manusia.Sakit mata sememangnya amat pedih dan gatal sehingga menjadikan mata kemerahan.Sakit mata ini tidak boleh dielakkan kerana ia tidak kira peringkat umur dan kanak-kanak juga mudah dijangkiti.Sepertimana yang sediamaklum bahawa sakit mata adalah sejenis penyakit yang mempunyai virus dan mudah berjangkit.

Ada juga sebilangan yang mempunyai alahan pada bahagian mata yang dipanggil allergik konjuktivitis sehingga menjadikan kegatalan dan kemerahan pada mata.Masalah sebegini sering berlaku dan dikategorikan :-
Konjungtivitis (Selaput luar biji mata)
- Yang terhasil dari jangkitan virus dan kuman (bakteria)
- Mudah berjangkit tidak kira peringkat umur dan perlu mengambil tindakan pencegahan dengan segera.

Sakit mata konjungtivitis berpunca dari :-
- Bulu Haiwan
- Habuk
- Pencuci Peluntur
- Peluntur Cat
- Pengawetan dalam ubat mata

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

KEMURUNGAN

Sesetengah dari kita selalu mengadu sakit badan,sentiasa lesu, lemah, dan rasa malas untuk melakukan sebarang aktiviti dan mengatakan ini semua berpunca dari kelitahan akibat bekerja keras.Adakah betul tekaan anda?Sebenarnya ramai yang tidak tahu yang tanda tanda atau simptom seperti itu bukan sakit badan biasa yang disebabkan oleh letih tetapi adalah tanda tanda anda berisiko untuk mendapat penyakit kemurungan.82 % orang yang pergi mendaptkan rawatan tidak mengetahui ia sakit dan manakala 18 % lagi mengambil pil anti kemurungan.

Sebenarnya untuk pengetahuan anda penyakit kemurungan ini adalah serius dan menjadi penyakit ke-empat serius didunia dan penyakit ini juga bukan penyakit yang sengaja diada-adakan lebih-lebih lagi dalam ekonomi gawat sekarang ini yang membuatkan ramai orang yang mengalami masalah dan mula berfikir banyak.Tanda-Tanda penyakit kemurungan ini ialah kurang minat melakukan aktiviti  yang biasa dilakukan,hilang mood dan rasa cepat marah, menjadi sensitif dan sedih tanpa sebab, hilang tumpuan pada kerja dan sampai satu tahap pesakit akan bertindak ingin membunuh diri akibat tekanan perasaan yang kuat.

Kemurungan ini terjadi akibat ketidakseimbangan hormon dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonim dan noradrenalin.Serotonim ialah bahan kimia dalam saraf pusat yang boleh mengubah mood seseorang.Kemurungan ini juga boleh menyebabkan pesakit berisiko mendapat penyakit berbahaya lain seperti kencing manis.

Jenis-jenis kemurungan

1-Reaktif-Paling biasa dan disebabkan oleh trauma
2-Endogenus – Tidak dapat biasakan dengan kehidupan seharian dan adalah disebabkan unsur genetik.
3-Penyakit Bipolar – Penyakit kemurungan mania
Kemurungan ini dapat dicegah jika kita menjalani kehidupan dengan sabar dan tenang,jangan terlalu ‘high expectation’ hingga sukar untuk dicapai, rancang segala tugas dengan teratur, elakkan duduk bersendirian dan memikirkan sesuatu masalah, libatkan diri anda dengan aktiviti yang berfaedah, bawalah berbincang jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan yang penting jangan salahkan diri sendiri jika berlaku kegagalan.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It