Mengenali Penyakit Ginjal
Ginjal berfungsi untuk menapis sisa daripada zat makanan dan minuman. Ia kemudiannya dikeluarkan dalam bentuk cecair melalui saluran kencing namun bagi mereka yang mengalami kegagalan organ penting itu, rutin ke tandas terpadam dalam diari harian mereka.
Malah sekiranya ada yang membuang air kecil sekalipun, jumlahnya antara satu titik hingga satu cawan kecil saja dalam tempoh sehari, menyebabkan kebergantungan terhadap dialisis umpama talian hayat demi menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh.
Selain membuang sisa melalui air kencing, ginjal mempunyai fungsi lain yang amat penting dalam tubuh. Kehilangannya boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang kompleks hingga memberi kesan kepada organ dalaman yang lain.
Ginjal juga bertindak menyaring zat daripada proses metabolisme dalam darah, menjaga tekanan osmosis dan mengatur keseimbangan garam dalam tubuh melalui penyisihan sisa seperti urea.
Kegagalan ginjal untuk berfungsi boleh menyebabkan pertambahan jumlah cecair dalam badan yang membuatkan tubuh dipenuhi cecair, peningkatan paras asid, paras potasium yang tinggi, pengurangan jumlah kalsium, kadar fosfat yang meningkat dan membawa kepada masalah kekurangan sel darah merah sihat dalam tubuh atau juga dikenali sebagai anemia.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
