KEMURUNGAN WANITA-DEPRESSION

Kemurungan dalam Wanita
Berikut adalah fakta-fakta tentang kemurungan di kalangan wanita: 1:4
penduduk Malaysia hadapi risiko kemurungan. Sebahagian daripada mereka
adalah wanita. Malangnya, hampir dua pertiga tidak mendapat bantuan
yang mereka perlukan.
Kemurungan di kalangan wanita adalah sangat biasa. Malah, wanita
adalah dua kali lebih berkemungkinan untuk membangunkan kemurungan
klinikal daripada lelaki. Sehingga satu daripada empat wanita mungkin
mempunyai episod kemurungan utama pada satu ketika dalam hidup.
Apakah kemurungan?
Kemurungan adalah gangguan mood serius dan menyeluruh. Ia menyebabkan
perasaan sedih, putus asa, tidak berdaya, dan tidak berguna.
Kemurungan boleh menjadi biasa hingga sederhana dengan gejala sikap
acuh tak acuh, sedikit selera makan, sukar tidur, rendah diri, dan
keletihan gred rendah. Atau ia boleh menjadi lebih teruk.
Technorati , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Jangan Biarkan Tekanan Menjadi Bahana

Sememangnya di kalangan masyarakat kini ramai yang mengalami masalah tekanan emosi.Tidak kira berbagai sudut semuanya akan membuatkan seseorang itu stress.Dalam kehidupan yang serba mencabar dengan  sudut ekonomi yang terhad boleh membuat seseorang itu hilang arah untuk mencari jalan keluar bagi memenuhi kehendak yang berlebihan dari keperluan.

Sekiranya ia tidak terkawal akan membuatkan seseorang itu murung hanya disebabkan buntu disebalik lorong hutang yang banyak.Tidak dinafikan bahawa masalah wang banyak mempengaruhi minda sehingga mereka tidak dapat mengawal perasaan mereka sendiri.Minda seseorang itu terhad dan tidak dapat menampung terlalu banyak input yang berunsurkan  negatif sehingga boleh membuatkan seseorang itu tidak mampu menilaikan yang mana baik dan buruk.

Bagi pelajar pula banyak yang tekanan disebabkan oleh desakan keluarga yang mahukan terbaik tanpa mempedulikan keupayaan diri anak mereka sendiri.Ada juga yang sanggup mengambil jalan yang singkat untuk merosakkan diri sendiri hanya kerana takut menunjukkan keputusan peperiksaan.Sebagai ibu bapa juga tidak boleh memaksa anak mereka tanpa mempedulikan apa yang mereka mahukan.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Bagaimana Mengatasi Masalah Kemurungan

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Sesetengah masyarakat berpandangan bahawa masalah kemurunga  ini adalah salah satu penyakit yang berpunca dari minda.Namun pandangan ini hanya merangkumi subjektif semata-semata tetapi tanpa disedari ia berlaku disebabkan tekanan hidup yang bercampur dari aspek emosi sehingga menghimpit tanpa ada penyelesaian.Terutamanya kepada kanak-kanak yang baru menjalani proses perkembangan kehidupan terlalu mudah mendapat penyakit kemurungan disebabkan dari pancaroba kekeluargaan yang mendidik tanpa ada merasai bahawa anak kecil juga mempunyai sifat malu ketika berada dikhalayak ramai namun mereka ditengking tanpa ada belas kasihan oleh ibubapa yang hanya ingin melepaskan tekanan sendiri.

Ibubapa juga perlu memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah mentor kepada anak-anak yang ingin meningkat naik.Sekiranya cermin yang kabur bagaimana ingin nampak keindahan pantulannya.

Untuk rawatan kemurungan ini pada peringkat awal boleh dilihat dari sudut kelakuan yang aneh seperti temenung ditengah kegembiraan tanpa memperdulikan orang disekeliling sehingga ditegur barulah ia sedar tindak tanduk sendiri.Emosi terpenting dalam proses kehidupan kerana ia bersebelahan dengan minda yang satu-satu organ penilaian pandangan pada seseorang.

Sekiranya kedua-dua terganggu musnahlah impian untuk menuju atau mara kedepan dalam kemajuan diri.Kanak-kanak juga berperasaan untuk meluahkan isi hati yang tersimpan sekian lama namun mereka tidak diberi ruang kerana terselit di kesibukkan ibubapa yang melepaskan tanggungjawab pada penjaga yang sekadar inginkan habuan disetiap di hujung bulan.

Masa yang ada ketika dihujung minggu pula bukan untuk melayan kerenah anak-anak namun mereka lebih pentingkan kelayuan mata dari sinaran kasih yang diperlukan oleh amanah ALLAH.Bila dah tersungkur barulah tersedar dengan kesilapan apabila terjadinya anak memerontak dalam mencari kasih.Bagi peringkat dewasa mereka sedar diatas diri sendiri namun

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It