Punca Sakit Belakang

ADA ketikanya kesakitan itu hadir seumpama tikaman mata pisau. Ataupun rasa sengal yang berpanjangan atau berulang-ulang di bahagian belakang tubuh. Ia amat meresahkan kita, khususnya apabila bekerja dalam keadaan duduk yang lama.

Anda mungkin menganggap kerusi atau sofa yang anda duduk itu sebagai tempat berehat tetapi bertukar sebaliknya apabila anda berasa sakit, letih dan stres.

Di pejabat, anda mungkin menghabiskan masa sehingga 10 jam duduk di hadapan komputer menyiapkan kerja. Itu belum lagi ditambah masa di dalam kereta jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Di rumah pula, anda akan menonton rancangan televisyen kesukaan untuk tempoh dua jam. Ada pula yang duduk membaca buku kegemaran berjam-jam. Bayangkan dalam sehari anda duduk hampir 15 jam.

Tahukah anda duduk terlalu lama bukan sahaja menyebabkan tulang belakang anda mengalami masalah tetapi boleh meningkatkan risiko kematian?

Kajian yang dilakukan American Journal of Epidemiology mendapati duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko sakit belakang, atritis, obesiti, kerosakan postur badan, tekanan darah rendah dan penyakit jantung.

Read the rest of this entry »

Technorati , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Rawatan Saraf Dan Simptom Saraf

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dengan perkataan ini tiada siapa yang faham kecuali sesetengah orang yang prihatin sahaja mengambil tahu dan mengerti maksud ini.Apa itu rawatan saraf ? pentingkah penjagaannya? adakah ini terjadi? mengarut sahaja? pertanyaan-pertanyaan  yang sering berlegar di fikiran ketika membaca artikel ini.Jawapannya terpulang kepada individu untuk mentafsirnya namun di sini bila kita meneliti ia akan menjadi satu isu yang amat penting dalam kehidupan kita.

Percayakah anda bahawa saraf-saraf,sistem peredaran darah didalam badan seseorang semuanya mempunyai tugas terpenting dan disini bermaksud mereka semua berperasaan sepertimana tuan tubuhnya.Cuba kita renungkan apabila kita terlalu agresif menjalankan perihal kehidupan kita seharian sehingga kita terlupa keperluan tubuh kita yang disangka tidak berakal dan berperasaan.Sesiapa yang berfikiran ini mereka adalah salah sama sekali dan ia tergolong dalam orang yang leka dan lalai.Saraf juga adalah organ yang terlalu penting untuk kita menjaganya kerana ia terlalu halus seperti sehelai rambut.Cuma keadaan,situasi dan tugasnya tersembunyi disebalik tubuh yang gah bertutupi dengan ketampanan dan kecantikan luaran.

Jeritannya memang tidak didengari namun ia akan datang bila ia longlai dan disitu bermacam akan terjadi.Semasa itu janganlah kita mengeluh selepas ia mengeluh dan bosan dengan sikap ego kita.Saraf mengandungi berbagai sifat ia juga perlukan perhatian kerana ia banyak memberi jasa ketika kita memerlukannya.Kesannya terlalu mendalam ketika ia menyerang ke organ kita dan ketika itu kita akan merintih pula seperti mana ketika dahulu ia merintih dan meminta tolong untuk meluangkan masa menenangkan kerengangannya.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It