MEMENDAM RASA, ANTARA KEPERLUAN DAN KEMAHUAN

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Kali ini kami ingin berkongsi serba sedikit tentang masalah yang agak meluaskan sekarang iaitu kekeliruan dalam menilai antara keperluan dan kemahuan sehingga terwujudnya perasaan memendam.Majoritinya dizaman serba canggih ini ramai yang inginkan kesempurnaan didalam kehidupan sehingga tidak sedar terperangkap dengan gelombang perasaan sendiri.

Walaupun keadaan semuanya moden dan siber sehingga banyak kemudahan yang perlu dimiliki dan perlu ada digengaman.Macam manapun kita perlu memahami tentang kemampuan kita setiap bulan, samaada mampu ataupun tidak jangan sampai nafsu mengawal pergerakkan fikiran.Memang tidak dinafikan bila melihat jiran sebelah atau kawan sepejabat tukar kereta yang mahal keinginan kita mulalah inginkan benda yang sama tanpa mengukur baju dibadan sendiri.

Aspek ekonomilah yang banyak membuatkan seseorang itu mula memendam rasa sehingga keinginan yang berunsurkan cemburu membawa pergaduhan dalam kekeluargaan.Ungkitan-ungkitan mula timbul antara suami dengan isteri kerana ketidakmampuan si suami untuk memberikan apa yang diminta oleh si isteri.Sedangkan sama-sama tahu kesusahan sesama sendiri.Dengan sifat beginilah membuatkan dan menimbulkan perasaan memendam yang mendalam sehingga menjadi barah.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Kesan Dan Akibat Tekanan Hidup

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Di dalam sesebuah kemodenan memang tidak dinafikan bahawa ada yang perit perlu dilalui dalam kehidupan terutamanya ingin melayari keperluan dan memenuhi kehendak.Adakalanya dengan sibuk mengejar kesibukan dan berpusu-pusu mencari nafkah ada yang terleka tentang minda dan emosi.Walaupun kehidupan semudah dihujung jari hanya klik dan swipe untuk menjalankan traksaksi komitmen tetapi masih ada yang tertekan kerana kecuaian dalam menyelesaikannya ketika ada.Apabila jiwa semakin terganggu ia akan mempengaruhi semua sudut dan tekanan hidup terus menghimpit.

Hakikatnya banyak yang boleh dikaitkan dengan tekanan hidup terutamanya tentang ekonomi yang seperti di atas paling mudah dialami oleh masyarakat kini.Banyak faktor yang boleh membuatkan seseorang tertekan tanpa ada pengawalan diri sehingga semakin hari semakin tidak ceria dan seronok.Dengan sifat tidak boleh melihat orang lain lebih dari diri sendiri itu adalah salah satu sifat yang hampir kepada tekanan kerana memaksa diri untuk mencari sumber kewangan walaupun tahu tidak berkemampuan.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It