Rawatan Saraf Tingkatkan Kesihatan
Rawatan Saraf Tingkatkan Kesihatan
Kajian Mobiliti keempat yang dijalankan pelajar perubatan universiti tempatan menunjukkan tahap kesihatan rakyat Malaysia semakin menurun apabila golongan muda dalam usia 30-an ke atas cenderung mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.
Keadaan ini berbeza dengan masyarakat dulu apabila secara purata penyakit kronik mula dikesan ketika usia mencecah 50 tahun ke atas.
Kajian juga mendapati gaya hidup tidak sihat menjadi punca utama penyakit ini tanpa disedari. Peningkatan jumlah wanita berusia 25 hingga 35 tahun mendapat darah tinggi dewasa ini semakin serius. Golongan ini tidak menyedarinya sehingga menjalani pemeriksaan.
Keadaan ini dibuktikan oleh kajian Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pelan Strategik Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2013-2017 yang menganggarkan 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis, 5.8 juta tekanan darahtinggi, 6.2 juta peningkatan kolesterol dan 2.5 juta obesiti. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam amalan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
