Rawatan Saraf Tingkatkan Kesihatan

Rawatan Saraf Tingkatkan Kesihatan

Kajian Mobiliti keempat yang dijalankan pelajar perubatan universiti tempatan menunjukkan tahap kesihatan rakyat Malaysia semakin menurun apabila golongan muda dalam usia 30-an ke atas cenderung mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Keadaan ini berbeza dengan masyarakat dulu apabila secara purata penyakit kronik mula dikesan ketika usia mencecah 50 tahun ke atas.

Kajian juga mendapati gaya hidup tidak sihat menjadi punca utama penyakit ini tanpa disedari. Peningkatan jumlah wanita berusia 25 hingga 35 tahun mendapat darah tinggi dewasa ini semakin serius. Golongan ini tidak menyedarinya sehingga menjalani pemeriksaan.

Keadaan ini dibuktikan oleh kajian Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pelan Strategik Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2013-2017 yang menganggarkan 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis, 5.8 juta tekanan darahtinggi, 6.2 juta peningkatan kolesterol dan 2.5 juta obesiti. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam amalan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

TIP-TIP PEMAKANAN SIHAT

1. Jangan makan sehingga kenyang.Sebaik-baiknya,berhenti sebelum kenyang.Adalah lebih baik minum segelas air suam sebelum anda mula menikmati makanan.Makan sehingga kenyang akan mengakibatkan kalori tersisa dan tersimpan sebagai lemak di tubuh anda.

2. Jadilah diri sendiri.Jangan cuba meniru orang lain.

3. Rancang program diet mengikut kemampuan diri.Jangan mensasarkan target yang terlampau tinggi.Tentukan target untuk berat badan ideal anda.Cuba turunkan satu kilogram setiap minggu

4. Makanlah saat anda lapar sahaja.Setiap kali anda hendak mula makan tanyalah pada diri sendiri apakah anda benar-benar memerlukannya.

5. Jangan makan sewaktu anda hendak mula tidur.Tubuh akan menyimpan sebagai lemak.makanlah ketika anda masih aktif,ini kerana makanan yang dimakan itu akan dibakar menjadi tenaga.

6. Olahraga teratur juga banyak membantu anda untuk membakar kalori.Janganlah cemas menghitung kalori yang diambil ketika makan biarlah tubuh anda yang memutuskan bila dan berapa banyak sebenarnya yang diperlukan badan.

7. Jika anda berasa lapar dan ingin mencapai sesuatu tunggu lima minit,makanlah sekiranya selepas itu anda masih terasa lapar.

8. Jika anda makan hidangan yang besar ketika duduk jangan terus menelan makan itu.Relakkan diri anda dan kunyahlah secara perlahan hal ini membuatkan anda mendengar apa yang dikatakan tubuh anda.

9. Setelah selesai makan jangan terus duduk di meja makan anda kemungkinan akan menghabiskan makanan yang masih berbaki nanti.

Technorati , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Mukadimah Hati

Erti sebuah kehidupan yang sesungguh bererti bagi ku sehingga menitiskan air mata sekiranya ia menyentuh sanubari ku yang lembut ini..Bagi ku kasih sayang sungguh bererti dan tidak ternilai dengan wang ringgit yang sering di kejar oleh setiap hati manusia yang penuh dengan duniawi yang fana ini.Mengapa dunia ini terlalu kejam sehingga tidak memberi peluang pada insan yang memerlukan kasih sayang tapi sebagai hamba ALLAH yang di kurniakan akal tidak boleh sentiasa melawan takdir dan jangan menyalahkan tempat penumpangan yang telah di beritahu apa sebenarnya yang tersirat di hening-hening dan celah-celahan keduniaan.tersurat memang indah sehingga membuatkan ada insan yang bernama khalifah terlupa dan lagha dengan janji musuh islam yang sering inginkan dan idamkan sehening kesucian yang ada pada hati manusia yang bernama keturunan adam.Tidak lah perlu menyalahkan angkatan itu kerana itu janji kemusnahan yang pernah mereka ukirkan bila melawan aturan ALLAH dan disini kita perlu tahu bahawa di mana janji kita supaya taat pada ALLAH dan tidak akan terpedaya dengan goda-goda yang berunsurkan kerosakan perasaan dan hati sanubari…

Wahai insan ku serahkan Sebagai wakil untuk berbakti Jangan terpedaya dengan hasutan Batalkan janji yang mereka ukirkan.

Renungkanlah maksud yang tersirat yang ada disebalik kata ini dan janganlah kita sesekali menangkan mereka yang cuba mencerobohi etika islam kita yang sememangnya sungguh suci dan murni tiada tolok bandingnya dengan kehidupan yang lain.Lihatlah sekarang ramai yang masih tercari-cari haluan tuju kehidupan walaupun ada yang terjelas namun masih lagi ingin menghampiri kemungkaran yang jelas tapi buta dihati.Melihat hanya luaran “keji yang di menangkan budi yang sering dipertikaikan,lembut yang sering di hodohkan,umpatan masih di hormati,kebenaran pula ditindih.”Sayang sekali kerana apa yang ku lihat kehidupan hampir hilang tatatusila sebagai seorang hamba ALLAH.Bila yang ingin mengenali kita islam? Ketika Mati…Masa itu telah tamat mungkin hanya sekadar nama sahaja seperti yang pernah dilakukan ketika hidup jadikan islam sebagai gelaran yang tertera di butiran diri.Sedih apabila ketika di sakaratul maut hanya sahabat yang sebelah kiri sahaja menjemput dan senyum melihat gelagat sahabat yang bakal menghuni di satu tempat yang sama.Jangan biarkan mereka megah dengan kemungkaran tapi bangunlah untuk hapuskannya.Takkan kita mahukan suria janji mereka berjaya sedangkan sekumpulan itu lakukan begitu kerana tidak mahu mendengar arahan ALLAH kerana marah dan pandang hina dengan segumpal tanah.Itu yang kita mahu ikutkan sedangkan mereka mengherdik ketika Nabi Adam di ciptakan di syurga.Bayangkan betapa bencinya mereka terhadap keturunan nabi Adam namun mengapa masih ada lagi ingin mengikuti sikap angkatan itu.Duduk seketika dan tenangkan hati adakah kita akan menghormati orang yang telah menghancurkan dan merendahkan darjat keturunan kita?.Simbolik perkataan ia sama sahaja Cuma jangan biarkan hasutan itu

cuba menganggu dan terus menganggu kehidupan ketenangan islam yang mereka geruni dan jangan sesekali kita ikut cara mereka mencari jalan untuk kemungkaran pada yang di redhai ALLAH..Jadi sebagai panduan jadikanlah Al-Quran itu sebagai pegangan barulah indah perjalanan tungak ummah yang beriman dan mampu melaksanakan di hati.

http://www.mahsuri.com.my/analisis

Technorati , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It