MUNGKIR JANJI

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri.

Sifat ini sememangnya nampak mudah dipandangan dan kefahaman.Namun ia boleh membuatkan orang hilang kepercayaan pada individu yang sering tidak menepati janji.Sebahagian orang yang sering melakukan begini akan memudahkan lagi untuknya memperolehi penyakit terutamanya
-Gemuruh
-Tekanan darah tinggi
-Mental

Ini disebabkan gelombang marah dari pihak tertentu menghantui diri.Yang lagi menyakitkan apabila telah membuat temujanji yang formal dengan mudah membatalkan tanpa sebarang khabaran.Sifat begini boleh mendatangkan kemarahan tidak kiralah pada individu atau pihak tertentu.Dengan cara begini boleh membuatkan jiwa terganggu disebabkan tidak membuat pembatalan walaupun hanya melalui telefon.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Kemaafan Dapat Merawat Sikap Dendam

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dendam adalah salah satu sifat yang pada mulanya hanya ketidak puasan pada apa yang berlaku keatas diri seseorang.Individu yang mempunyai sifat dendam kebiasannya ia tidak dapat melupakan kisah silamnya mungkin padanya terlalu perit ditanggungi.Sifat ini pada mulanya ia terjadi apabila tidak dapat memaafkan dan meredhakan keadaan disekeliling dan hanya melayan emosi geram tanpa pedulikan akibatnya dan terus disimpan didalam kotak perasaan sehingga menjadi bara.

Mungkin sesetengah mengatakan memang mudah untuk melafazkan maaf tapi yang menaggung ini tiada siapa yang tahu.Memang benar apa yang dikatakan namun berfikirlah bahawa siapa kita pulak disisi ALLAH,kalau ingin di nilaikan kita dengan kebesaran ALLAH kita tiada kuasa untuk menghukum seseorang kerana apa yang kita lakukan mungkin akan menambahkan dosa kepada ilahi.Dendam adalah salah satu sifat yang di murkai oleh ALLAH dan kerana dendamlah Nabi Adam dan Hawa diletakkan ke dunia.

Dengan teladan sebegini masih ada  yang kurang faham dan ingin melayan kerenah tanpa berusaha untuk melupakan simbol dendam yang utama.Tidak semestinya apa yang berlaku pada seseorang akan berlaku pada yang lain kerana kita manusia tidak berhak untuk melawan kekuasaan ALLAH.Sejauh mana ingin kita mengawal keadaan disekeliling hanya kerana ketakutan yang menghantui bayang-bayang sendiri sehingga menjadi bara dendam kemarahan di suatu ketika dahulu mungkin  sudah lapuk di pemikiran namun masih ada yang ingin mengungkaikan.Fahamilah musuh islam sentiasa ingin mencuba untuk menambahkan lagi bahana dendam itu agar kita terjerumus bersama dendamnya kepada anak nabi adam.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Penawar Mahsuri-Part 2

5. LELAKI SEJATI (RM 20.00)

Untuk kaum lelaki yang ingin terus berketrampilan dan berkeyakinan.Dirumus khas untuk membantu :
-Sentiasa bertenaga,bersemangat
-Kepuasan hubungan kelamin, menghindari mati pucuk
-Manambah selera seks, mengawal aliran darah
-Merawat keguguran rambut
-Menghindari bau peluh, mengelakkan kemandulan

6. SAKIT PUAN(RM 20.00)

Untuk kaum wanita yang ingin sentiasa berwajah tenang, jauh dari masalah dan penyakit.Membantu merawat:
-Radang rahim, barah rahim,barah payudara
-Haid terhenti,haid tidak tetap, haid melimpah
-Senggugut, keputihan,gangguan menopause
-Kegemukan, tidak subur

7. BERSALIN INDAH(RM 20.00)

Bagi kaum ibu hamil yang ingin sentiasa kelihatan ceria dan bertenaga sepanjang proses mengandung sehingga bersalin.Formula ini dapat menghindari masalah :
-Pitam,sakit kepala, loya& muntah
-Kekejangan,sukar tidur,tekanan emosi
-Gatal di luar kemaluan, keputihan
-Pendarahan,keguguran,keracunan darah

8. KIT KANAK-KANAK(RM 20.00)

Dirumus khas utk mengekalkan kecerian dan kesihatan kanak-kanak.Sesuai mengubati :
- Penyakit kuning, sukar buang air,ruam,sawan,begok
-Sukar tidur,tumbuh gigi,sakit gigi,selsema,batuk
-Lelah,cirit birit,cacing, kencing malam,kembong perut
-Gagap,kayap,kudis,lemah tulang,demam
9. KIT TENAGA(RM20.00)

Khusus untuk mereka yang berjalan jauh samada balik kampong atau melancong,berkelah atau ke pejabat.Dapat membantu anda :
-Memberi tenaga,hilangkan keletihan, hindarkan rasa mengantuk
-Menghilangkan rasa mual,beri ketenangan,sentiasa sabar
-Mengawal emosi negative,merawat pening kepala, sakit sendi

10. KIT KECEMASAN(RM 20.00)

Dirumus khas untuk mereka yang selalu sibuk dan kesuntukan masa.Boleh di bawa kemana sahaja dirumah,kereta atau mana shj.Kegunaannya untuk :
-Terbakar
-Tulang patah/retak/terseliuh
-Pengsan/pitam/sakit kepala, mabuk perjalanan
-Gigitan serangga/ sengatan
-Keracunan makanan/ cirit birit
-Strok/ angin ahmar

Technorati , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 2 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cabaran dalam mendidik anak-anak

Di zaman yang serba moden ini ramai ibu bapa memandang remeh dalam soal mendidik anak-anak.Lebih-lebih lagi ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga lupa tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah iaitu anak-anak.Bila berlaku sesuatu dan apabila anak sudah sukar dibentuk menjadi orang yang berguna disalahkan pengasuh atau orang lain.Sebenarnya ilmu keibubapaan ini mestilah ada dalam diri ibubapa itu sendiri sebelum anak lahir kedunia lagi.Bentuklah anak ketika dalam perut lagi.Anak ini umpama sehelai kertas kosong putih tanpa secalit pun warna dan sebagai ibubapa kita yang mencorakkan warna dan lukisan indah diatas kertas tadi agar ia berharga dan cantik dipandang mata.Bukannya kita setakat melukis tanpa hati dan perasaan.Jika ini terjadi jangan salahkan sesiapa jika lukisan tadi nampak cacat dan buruk.

Sepatutnya sebagai ibubapa persediaan pertama untuk bayi kita adalah bermula dengan memberikan nama kepada bayi anda dan pilih nama-nama baik yang mempunyai maksud yang baik untuk bayi.Tetapi ibu bapa sekarang terlalu taksub dengan nama yang glamor dan meniru nama nama artis kononnya tanpa mengambil tahu akan maksudnya dan bila anak anda ‘buat perangai’apabila nama yang diberikan tidak sesuai anda mula akan berserabut dan tertekan dengan keadaan.Berbanding dengan mereka yang ada ilmu keibubapaan semua ini dapat di atasi dengan mudah.InsyaAllah.

Anak-anak walaupun masih kecil tetapi mereka punyai perasaan dan jika kita sebagai ibu bapa memarahi dan menguris hati mereka ini akan menimbulkan bekas di jiwa mereka dan ditakuti nanti sifat marah dan baran ini akan diwarisi oleh anak tadi.Oleh itu ambillah masa sejam dua untuk bermain-main bersama anak lebih-lebih lagi jika anak ditinggalkan kepada pengasuh, berikan mereka kasih sayang dan jangan buat mereka rasa tersisih dari ibubapa sendiri.

Begitu juga jika anda sudah berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarga  dan semasa itu anak pertama masih kecil jangan sesekali mengabaikan anak yang pertama tadi.Bila keadaan ini terjadi maka anak  mudah menjadi orang yang sensitif dan segala apa yang dirasainya tidak dapat di luahkan dan disimpan dan dikenang sampai dia dewasa.Mungkin kita sebagai ibubapa sayang dan ambil berat dengan anak sulung sama seperti kita sayang anak kedua  tetapi kita tidak sedar yang perhatian dan belaian yang lebih kepada yang bongsu tadi telah membuatkan yang sulung rasa tersisih.Oleh itu  sebagai ibubapa kita kena bijak menangani masalah ini.Seboleh-bolehnya biarkan anak sulung anda bersama anda setiap kali anda bersama bayi kedua anda walaupun disaat anda sedang menyusukan bayi kedua anda.Ini dapat mengeratkan lagi hubungan saudara akak dan adik dan mengelakkan sifat berdendam dan irihati di hati anak sulung tadi.

Anak-anak yang rasa dirinya terpinggir tidak kiralah yang pertama,kedua, ketiga atau seterusnya akan mudah merasa perasaan cemburu dan berdendam dengan adik beradik yang lain dan jalan yang terbaik adalah menunjukkan keadilan dalam setiap apa yang kita lakukan sebagai contoh tidak semestinya yang sulung mesti selalu mengalah dan adik pula tak salah meminta maaf jika bersalah dan menerima hukumannya.Jika kita bijak mengawal anak-anak di rumah maka watak anak dapat dibentuk di luar juga.Memanglah susah untuk besarkan anak- anak dan setiap kata-kata ibu adalah doa untuk anaknya dan oleh itu janganlah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak kita kawallah perasaan itu.Memang sukar menjadi ibu bapa, jika mudah, takkanlah redha Allah kepada anak itu bergantung kepada redhanya ibu bapa kepada anak-anak. Fikir-fikirkan dan bertindaklah dengan sebaiknya… Insya Allah anda mampu menjadi ibubapa yang TERBAIK.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It