KENAPA MUDAH PENGSAN…?
Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Majoriti kehidupan terkini ramai yang terbelenggu dengan berbagai masalah.Tidak kiralah secara sedar atau tidak seseorang itu sememangnya tidak dapat lari dari risiko sesuatu kehidupan.Yang membahayakan apabila ia tidak dapat dikawal oleh fizikal untuk menyelesaikan sehingga mengakibatkan kadar peredaran darah tidak berjalan dengan baik.Apabila sistem darah terganggu ia boleh mendatangkan tekanan yang hebat sehingga minda tidak dapat mengawal keadaan metabolisme badan.
Disebabkan kurang daya untuk menahan diri itulah salah satu penyebab seseorang itu mudah pengsan.Adakalanya diri sendiri pun tidak tahu apa yang mengakibatkan diri mudah pengsan.Tidak dinafikan mudah pengsan ini sukar ingin diperkatakan dan adakalanya ia terjadi hanya disebabkan oleh perkara yang agak remeh.
Menurut kajian kami individu yang mengalami masalah sebegini juga buntu mencari jawapan bagi persoalan yang sering mereka alami.Mereka sendiri hakikatnya tahu punca itu namun tidak boleh diluahkan dengan kata-kata kerana ia datang mendadak.Simptom seseorang merasakan untuk pengsan terlalu pantas sehingga tidak boleh dikawal oleh fizikal.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
