Kelebihan Bersenam

Gelombang hidup sihat mula melanda negara kita, tetapi sedihnya sebilangan besar masyarakat Malaysia kurang memberikan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan lebih teruk ke-rana mengandaikan mereka bebas daripada penyakit.

Nampaknya tanpa sedar ramai yang memegang konsep ‘Saya sihat sehinggalah dibuktikan sakit’. Ia konsep pincang yang perlu dibuang kerana pegangan seperti inilah membuatkan ramai tidak melihat kepentingan pemeriksaan kesihatan, walaupun sedar mengamal-kan gaya hidup yang boleh menjerumuskan ke lubuk penyakit.

Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah dengan bersenam. Semua orang tahu perkara ini, tetapi berapa ramai yang benar-benar sedar dan menjadikannya sebagai satu agenda harian yang wajib dilakukan?

Ramai pakar perubatan menyifatkan senaman antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan dalam merawat dan me-ngawal pelbagai masalah kesihatan. Namun, masih ada kelompok yang mencari-cari alasan untuk melepaskan diri daripada menunaikan tuntutan badan ini.

Bahkan ada banyak kepercayaan salah mengenai senaman. Berikut disenaraikan beberapa fakta untuk kita renungkan bersama dan moga-moga boleh dijadikan perangsang bagi memulakan gaya hidup yang lebih cergas dan sejahtera.

Read the rest of this entry »

Technorati , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...

Penyakit Terlebih Hormon

Selama hampir 25 tahun Zanariah tercari-cari apakah masalah yang beliau hadapi. Simptom yang dialaminya termasuklah kejang otot, sakit kepala yang kerap sehinggakan terpaksa menyimpan panadol di rumah sepanjang masa kerana sakit kepala datang dengan tidak semena-mena. Ada kalanya dia terpaksa mengambil cuti sakit kerana terlalu sakit.Dia turut mengalami peningkatan berat badan keterlaluan meskipun mengamalkan diet yang ketat. Hal ini membuatkan Zanariah berasa kecewa kerana dia suka bergaya dan teringin mencuba fesyen baju yang cantik dan terkini. Dia juga mudah letih dan lesu, serta wajahnya tampak sembap. Akibatnya dia tampak tua dan sering digelar mak cik oleh orang yang melihatnya lantaran itu Zanariah sering mengelak keluar rumah.

Akhir-akhir ini dia tidak tahan dengan perubahan cuaca, merasakan badan berpeluh dan berbau. Dia juga lenguh, sakit sendi, kebas kaki dan tangan mudah terseliuh. Doktor menasihatkannya supaya jangan berlari kerana tubuh yang berat sukar ditampung oleh kakinya yang kecil. Zanariah juga mudah terkena gastrik, kerap berdebar dan mudah panik.

Pemeriksaan doktor menunjukkan dia mengidap darah tinggi, mempunyai kadar kolestrol yang tinggi serta kandungan gula dalam darah yang tinggi. Menurut doktor jika tidak berjaga-jaga besar kemungkinan dia akan diserang masalah kencing manis.

Zanariah mendapati tidurnya tidak lena, serta haidnya menjadi yang tidak menentu. Dia rasa tahap kesihatannya seperti orang tua meskipun usianya masih muda.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Punca Penyakit Strok

Beberapa gejala penyakit yang menyerang tanpa amaran seperti strok perlu di titik beratkan.Penyakit-penyakit yang diluar jangkaan atau sekilas pandang itulah yang akan membawa padah apabila ia tidak di pedulikan.Beberapa penyakit yang boleh menjadi punca kepada strok seperti:- Angin Ahmar

Apabila saluran darah tidak berjalan dengan lancar sehingga melemahkan sistem peredaran darah.Ini berlaku disebabkan sekatan darah beku yang menganggu proses kelancaran nutrien dan oksigen ke sel otak.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...

Gangrene @ Gangren

Apakah Gangren?

Gangren adalah keadaan di mana kawasan tertentu ditubuh berlaku kematian dan kemerosotan. Ini biasanya disebabkan oleh penurunan atau kehilangan bekalan darah ke kawasan tersebut. Gangren juga boleh disebabkan oleh kecederaan, jangkitan atau komplikasi yang telah berlaku dalam jangka panjang. Komplikasi ini mungkin telah menyebabkan peredaran darah mengalami pelbagai masalah yang membawa kepada gangren. Gangren cenderung untuk mengambil tempat dalam anggota badan dan bahagian anggota badan yang gangren kerap berlaku termasuk jari jari serta kaki dan tangan . Dalam sesetengah kes, ia juga memberi kesan kepada otot dan organ-organ dalaman.

Biasanya ada lima jenis gangren. Salah satu jenis dikenali sebagai gangren kering. Kemudian, ada yang basah selain gas, dalaman dan gangren yang Fournier. Bagi mereka yang ingin tahu, perkataan “gangrene” berasal dari gangreana (perkataan Latin) dan gangraina (perkataan Yunani). Kedua-dua perkataan ini bermakna “penyucian tisu”.

Selain dari itu penyakit ini juga boleh disebabkan oleh virus, kulat, parasit dan bakteria terutamanya apabila tahap bekalan darah cukup rendah. Tahap bekalan darah yang rendah menyebabkan sel-sel timus – juga dikenali sebagai sel-sel T bersama-sama dengan sel darah putih, tidak dapat melawan kuman yang masuk ke dalam badan seseorang. Apabila ini berlaku, kuman akan membiak tanpa kawalan daripada sel-sel badan dan ini boleh mencetuskan keadaan tidak menentu daripada penyakit ini.

Read the rest of this entry »

Technorati , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Punca Sakit Sendi

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu,
siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan
pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu
sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan
oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke
individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.
Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal
saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

PENYAKIT G6PD

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia.

Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan

kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana

ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Sakit Sendi

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam sebahagian besar ramai yang mengalami masalah sendi.Ini kerana penyakit sendi terjadi semua pada lapisan umur.Sendi-sendi manusia terdiri di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti:-
-Siku
-Pergelangan tangan
-Punggung
-Lutut
-Buku Lali
-Sendi Jari
-Sendi Kaki

Dalam setiap pengerakkan manusia memerlukan sendi yang sihat agar pengerakkan seharian berjalan dengan lancar.Tanpa sendi kita tidak mungkin boleh menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna seperti menggerakkan:
- Kaki,tangan
- leher
- Membongkokkan badan
- Membuka mulut untuk makan

Di sini kita boleh tahu bahawa peranan sendi itu amat penting dalam sistem pengerakkan badan kita.Ini kerana sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi melicinkan pengerakkan.Tulang rangka juga berfungsi untuk menyokong tisu lembut dan melindungi organ dalam serta memberi kestabilam kepada badan secara menyeluruh.Apabila penggunaan sepanjang masa akan menyebabkan tulang sendi haus dalam peningkatan usia.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Rawatan Saraf Dan Simptom Saraf

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dengan perkataan ini tiada siapa yang faham kecuali sesetengah orang yang prihatin sahaja mengambil tahu dan mengerti maksud ini.Apa itu rawatan saraf ? pentingkah penjagaannya? adakah ini terjadi? mengarut sahaja? pertanyaan-pertanyaan  yang sering berlegar di fikiran ketika membaca artikel ini.Jawapannya terpulang kepada individu untuk mentafsirnya namun di sini bila kita meneliti ia akan menjadi satu isu yang amat penting dalam kehidupan kita.

Percayakah anda bahawa saraf-saraf,sistem peredaran darah didalam badan seseorang semuanya mempunyai tugas terpenting dan disini bermaksud mereka semua berperasaan sepertimana tuan tubuhnya.Cuba kita renungkan apabila kita terlalu agresif menjalankan perihal kehidupan kita seharian sehingga kita terlupa keperluan tubuh kita yang disangka tidak berakal dan berperasaan.Sesiapa yang berfikiran ini mereka adalah salah sama sekali dan ia tergolong dalam orang yang leka dan lalai.Saraf juga adalah organ yang terlalu penting untuk kita menjaganya kerana ia terlalu halus seperti sehelai rambut.Cuma keadaan,situasi dan tugasnya tersembunyi disebalik tubuh yang gah bertutupi dengan ketampanan dan kecantikan luaran.

Jeritannya memang tidak didengari namun ia akan datang bila ia longlai dan disitu bermacam akan terjadi.Semasa itu janganlah kita mengeluh selepas ia mengeluh dan bosan dengan sikap ego kita.Saraf mengandungi berbagai sifat ia juga perlukan perhatian kerana ia banyak memberi jasa ketika kita memerlukannya.Kesannya terlalu mendalam ketika ia menyerang ke organ kita dan ketika itu kita akan merintih pula seperti mana ketika dahulu ia merintih dan meminta tolong untuk meluangkan masa menenangkan kerengangannya.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It