TINDAKAN AWAL MENGURANGI RISIKO PESAKIT TUA

Bila sudah berumur maka terdapat pelbagai penyakit yang akan menyerang.Secara umumnya pesakit yang telah terlalu tua akan menghidap lebih dari satu penyakit yang kadang-kadang tidak pernah dihidapinya semasa muda.Malah gejala yang muncul pula adalah tidak jelas dan sukar untuk dikenalpasti oleh anggota keluarga malah pesakit itu sendiri, dan ini akan menyukarkan anggota keluarga dalam bersiap sedia menghadapi masalah kesihatan pesakit tua ini.Oleh yang demikian bagi mereka yang mempunyai anggota keluarga yang sudah tua maka bolehlah bersiap sedia dan perlu mengetahui gejala-gejala yang sering muncul agar tidak terlambat memberikan bantuan.

Penyakit-Penyakit Pada Usia Tua

Apabila usia semakin lanjut maka jenis penyakitnya juga akan mengalami perubahan.Kebanyakan mereka iniĀ akan berjumpa doktor jika keadaan penyakitnya sudah di tahap serius.Contoh penyakit yang menyerang ialah gangguan kesihatan kardiovaskular,infeksi paru-paru,tumour,rheumatik diabetes dan lain-lain.

Penyakit seperti diabetes ini kadang-kadang ada antara mereka sudah menderita sejak muda tetapi apabila berlaku komplikasi setelah umur lanjut barulah mereka mencari rawatan yang sesuai.Penyakit sendi juga akan sering menyerang orang orang tua.

Bahagian yang sering diserang sakit ialah di bahagian kaki,lutut dan pinggang.Bagi wanita yang berusia 60 tahun ke atas juga sering mengalami masalah kereputan tulang.Selain itu pesakit tua juga akan sering berjumpa doktor mengadu sakit cirit birit,hempedu,kurang darah hingga terlantar kesepian.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

INGINKAN TUBUH SEMPURNA

Awas ,jika anda terlalu taksub! Jika anda suka mengagumi diri sendiri,menghabiskan masa lebih enam jam untuk membentuk tubuh, sering berasa tubuh kurang ideal dan lebih suka mengenakan pakaian seksi untuk menunjukkan kekentalan otot-otot tubuh yakinlah bahawa anda sedang menghidap penyakit.

Tidak dinafikan setiap wanita dan lelaki mana yang tidak menginginkan tubuh yang padat bersih dan lasing serta berotot untuk lelaki.Tetapi awas jika anda sampai mengejar itu semua dan selalu berasa diri anda tidak sempurna anda berkemungkinan menderita penyakit ‘Muscle Dysmorphia’atau MD.

Penyakit ini lebih dikenali dikalangan pelatih fitness sebagai ‘Bigorexia Alias Obsess’ iaitu memiliki tubuh yang besar atau sebaliknya bagi wanita pula ‘anorexia’ menginginkan tubuh yang langsing.Kedua-dua penyakit ini adalah penyakit yang melibatkan kejiwaan yang terlalu tertekan dengan kekurangan diri.

Oleh itu bagi penghidap penyakit ini mestilah menjalani rutin harian yang sihat selain mengurangkan aktiviti latihan atau senaman kepada tiga kali seminggu sahaja.Jangan suka membandingkan tubuh orang lain dengan ukuran tubuh kita ,kurangkan membelek tubuh di cermin.Sebenarnya tidak semua wanita suka lelaki yang berotot dan tidak semua lelaki yang menyukai wanita yang kurus dan langsing.Oleh itu amalkan pemakanan yang sihat untuk membuatkan diri anda cantik di luar dan dalam.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It