Punca Penyakit Strok

Beberapa gejala penyakit yang menyerang tanpa amaran seperti strok perlu di titik beratkan.Penyakit-penyakit yang diluar jangkaan atau sekilas pandang itulah yang akan membawa padah apabila ia tidak di pedulikan.Beberapa penyakit yang boleh menjadi punca kepada strok seperti:- Angin Ahmar

Apabila saluran darah tidak berjalan dengan lancar sehingga melemahkan sistem peredaran darah.Ini berlaku disebabkan sekatan darah beku yang menganggu proses kelancaran nutrien dan oksigen ke sel otak.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...

Sakit Sendi Tanda Awal Masalah Saraf

Pernahkah anda rasa tiba-tiba rasa pening kepala, rasa termengah-mengah walaupun membuat kerja yang ringan, jiwa resah tak menentu, cepat marah tanpa sebab dan pelbagai lagi sintom penyakit yang mendatangi anda sedikit demi sedikit. Anda sebenarnya sedang diserang pelbagai penyakit bahaya yang bakal melumpuhkan seluruh sistem utama badan anda.

Pernahkah juga anda terdengar tiba-tiba jiran sebelah rumah anda dimasukkan ke hospital kerana diserang Angin  Ahmar, Rakan lama semasa disekolah rendah terpaksa dipotong kakinya kerana kencing manis, bapa rakan anda mengalami masalah mata dan hampir buta kerana penyakit darah tinggi yang teruk. Pengawal keselamatan di  tempat kerja anda terpaksa cuti kerja kerana penyakit Gout yang berlarutan, dan banyak lagi kisah sebegini yang berlaku  hampir setiap hari…Ini adalah fenomena biasa masyarakat

Malaysia hari ini yang semakin terdedah kepada pelbagai berbahaya

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Risiko Dalam Tekanan Hidup

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Ramai yang tidak tahu bahawa kehidupan yang serba canggih dan moden kini banyak yang menyembunyikan tekanan hidup.Ada atau tidak itu bergantung kepada individu yang mengalami dan cara mengatasinya.Jangan di ingat orang yang pemurah senyuman itu tiada tekanan atau masalah malahan mereka adalah golongan yang suka berahsia.Berahsia atau meluahkan adalah cara berbeza dan kadangkala yang berahsia itulah amat berbahaya.

Terlalu banyak risikonya bila seseorang itu tidak pandai memainkan peranan untuk menyelesaikan sesuatu konflik.Ia akan mendatangkan kemudaratan pada sistem saraf dan yang paling bahaya dibahagian sistem saraf otak.Dengan ini akan menganggu pemikiran seseorang dan mereka akan melakukan sesuatu di luar kawalan seperti
- Bunuh diri
- Mengancam/ mengugut
- Hilangkan diri

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

MIGRAIN

Pengenalan Penyakit

-Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.

Jenis-Jenis Migrain

-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain

Punca penyakit / Faktor Risiko

-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ‘stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ‘serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ‘stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom

1) Migrain tanpa aura
-Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
-Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
-berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
-denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan

2) Migrain dengan tanda aura
-jarang berlaku
-pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
-Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan

3) Opthalmoplegic migrain
-terlalu jarang berlaku
-sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
-mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
-pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit

4) Status migrain
-berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
-boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
-migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang

5) Bentuk serangan migrain
-’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
- ‘local’ – kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
-’pallor’ berpeluh-peluh
-’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
-’photophobea’ – sensitif pada cahaya
-’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

Technorati , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (3 votes, average: 4 out of 5)
Loading ... Loading ...

FOBIA

Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus.

Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama.Fobia adalah sebahagian daripada gejala penyakit jiwa yang lain seperti kemurungan (anxiety disorders).umumnya ketakutan terbahagi dua iaitu takut biasa (normal fears) dan takut luarbiasa (abnormal fears).

Jenis-jenis fobia.

1)Fobia biasa (Simple Phobia)
2)Fobia agora (Agora Phobia)
3)Fobia Sosial (Social Phobia)

-Fobia biasa dikatakan jarang sekali berlaku. Antara ciri=cirinya adalah takut  pada ular,kegelapan,lif,menaiki kapalterbang atau berada ditempat tinggi.
-Fobia Agora biasanya bagi mereka yang takut berada di tempat-tempat umum  seperti pasar,dalam bas,atau jambatan atau keadaan bersesak-sesak dengan  orang ramai.
-Fobia sosial berlaku apabila seseorang itu merasa takut,tidak selesa dan  cemas dalam situasi seperti perjumpaan,berinteraksi dengan rakan atau makan  di khalayak ramai.

Langkah pencegahan.
-Penghidap seharusnya tidak mengelakkan diri daripada berhadapan dengan   situasi yang ditakuti.
-Yakinkan diri bahawa tiada bahaya akan menimpa anda.
-Teknik relaks (relaxation techniques).
-Tumpukan perhatian dan fikiran pada sesuatu yang positif bagi membantu  meneutralkan perasaan bimbang atau takut yang dialami

Komplikasi.
-Kemurungan (depression).
-Gangguan dari aspek aktiviti harian atau sosial.
-Panik.
-Mengambil minuman keras secara berlebihan.
-Merasa rendah diri (inferiority complex) dan tidak mempunyai ramai kawan.

Technorati , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It