Kongsi Masalah
Wanita mampu melakukan pelbagai tugasan dalam satu-satu masa.
Bayangkan jika di pejabat dia boleh menumpukan perhatian dalam bidang kerjaya, sekembalinya ke rumah berhadapan pula dengan pelbagai kerenah keluarga.
Rutin saban hari itu meskipun penat dan melelahkan ia tetap dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab.
Namun, tahukah anda dalam setiap pencapaian yang dilalui, wanita juga perlu menghadapi cabaran membabitkan isu kesihatan.
Mereka berisiko tinggi mendapat penyakit tidak berjangkit dan paling membimbangkan apabila ia membabitkan masalah kesihatan mental.
Tidak dinafikan berbanding penjagaan kesihatan mental, ramai individu beranggapan penjagaan kesihatan fizikal perlu diberi lebih keutamaan.
Namun, menurut Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh, kesihatan mental membabitkan penjagaan minda yang mempengaruhi personaliti diri.
Antara masalah kesihatan mental yang sering berlaku kepada wanita ialah kemurungan.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
