Risiko penyakit wanita berumur
Kedutan pada wajah, hilang keanjalan kulit dan rambut ditumbuhi uban sememangnya tidak mampu dielak, namun apalah sangat proses penuaan tersebut jika dibandingkan dengan rasa sihat dan bebas daripada sebarang penyakit pada usia ‘subsidi’ tersebut.
Cara yang baik untuk terus sihat dan cergas, walaupun usia telah meningkat, adalah dengan menjaga badan dan fikiran supaya selalu aktif. Apa yang penting bagi seorang wanita ialah menjadi sihat dan kekal cantik pada kelas usianya tanpa sebarang penyakit.
Bagaimanapun, kebanyakan wanita berkerjaya sering mengabaikan kesihatan diri sendiri kerana terlalu menumpukan kepada kerja, pasangan dan anak-anak. Amat menyedihkan apabila penyakit yang dihidapi dikesan terlalu lambat dan rawatan agak sukar untuk memulihkan keadaan seperti dulu.
Pokoknya, pilihan terletak pada tangan kita kerana pengesanan awal mampu merubah kehidupan kepada yang lebih baik, bak kata pepatah, ‘tepuk dada tanya selera.’

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
