Testimoni Pesakit
Testimoni 1: “Keputihan Dan Senggugut”
Nama : Sarimah Mustafa
Umur : 30 tahun
Pekerjaan : Pembantu tadbir
Lokasi : Singapura
Masalah : Keputihan dan senggugut
Saya menghadapi masalah senggugut dan keputihan yang agak teruk walaupun sudah lama berkahwin. Suatu hari saya melayari internet dan terbaca mengenai rawatan di Rawatan Alternatif Mahsuri di Cheras, Kuala Lumpur.
Saya amat tertarik dengan kaedah rawatan yang disyorkan. Saya telah diberi ubat dan juga terapi untuk melancarkan perjalanan darah yang tersekat. Semasa awal pengambil ubat tersebut, banyak keputihan yang keluar dalam masa seminggu dan pulih tidak lama kemudian. Senggugut pula tidak sakit seperti selalu dan haid saya berjalan lancar.
Selepas mengambilnya selama 3 bulan, badan saya bertambah sihat, penyakit saya juga semakin sembuh. Kini, saya tidak perlu bergantung pada ubat lagi dan kini kehidupan saya lebih bermakna.
.
Testimoni 2:”Konflik Dengan Suami”
Nama : Pn Sarina Saifuddin
Umur : 47 tahun
Pekerjaan : Pegawai Bank
Lokasi : Melaka
Masalah : Konflik dengan suami
Saya menghadapi masalah dengan suami setelah dikurniakan 5 cahaya mata. Ia bermula setelah suami saya dinaikkan pangkat dan sering melakukan kerja diluar daerah. Pada mulanya saya tidak menaruh syak wasangka apabila dia sering pulang lewat tetapi lama kelamaan saya mula sangsi kerana selalu balik pada pukul 2 – 3 pagi. Alasannya kerja terlalu banyak dan berjumpa pelanggan. Pergi outstation pun selepas 3 hari baru balik berbanding sebelumnya hanya sehari dua sahaja.
Perubahan ini telah menjadikan saya sering bergaduh dengan suami dan keadaan bertambah teruk apabila orang ketiga (mak mertua) mula campur tangan dengan menyebelahi anaknya. Saya begitu tertekan sehingga saya pernah mengambil ubat tidur melebihi dos yang dibenarkan dan dimasukkan ke hospital.
Melihat keadaan rumahtangga saya begitu berkocak, sahabat baik saya mensyorkan agar saya datang berjumpa dengan Dr. Abd Ghani untuk kaunseling. Semasa proses rawatan, saya telah diberi pelbagai nasihat dan pandangan untuk memulihkan permasalahan saya ini. Alhamdulillah, setelah saya mengikuti segala panduan yang diberi hubungan saya dengan suami semakin baik begitu juga hubungan saya dengan mertua. Kini hidup saya lebih tenang, yakin dan gembira dengan perubahan ini.
.
Testimoni 3:”Darah Tinggi Dan Strok”
Nama : Pn Syarifah Hasnidar
Umur : 32 tahun
Pekerjaan : Suri rumah
Lokasi : Muar, Johor
Masalah : Darah tinggi dan strok
Semasa saya mengandungkan anak ketiga, saya telah diserang penyakit darah tinggi sehingga muka dan kaki saya bengkak-bengkak.Saya telah ditahan di wad ICU dan terpaksa melahirkan anak melalui pembedahan walaupun belum cukup bulan. Ini dilakukan demi keselamatan saya dan anak.
Setelah tiga minggu pembedahan, saya masih dalam keadaan koma.Ini berlaku kerana tekanan darah tinggi saya masih tidak turun walaupun pelbagai cara telah doktor lakukan.Selepas sedar, saya mengalami pelbagai komplikasi antaranya kegagalan buah pinggang, suara menjadi garau dan yang paling malang saya tidak mampu berjalan (stroke).
Setelah 3 bulan berada di hospital, saya dibenarkan pulang tetapi keadaan saya masih begitu.Berbagai ubat telah dibekalkan sehingga saya perlu menelan 15 biji ubat sehari…Bayangkanlah, betapa seksanya saya ketika itu.Namun pada suatu hari jiran saya telah mengesyorkan agar saya pergi mendapatkan Rawatan Alternatif Mahsuri.
Dengan ditemani suami, saya kesana. Sewaktu itu saya masih berkerusi roda.Di sana, saya diberikan beberapa jenis ubat dan membuat rawatan terapi.Saya juga ada membuat terapi ais dan setelah tiga kali rawatan, saya sudah mampu berjalan menggunakan tongkat. Saya amat gembira akan perubahan yang berlaku Sehingga kini setelah beberapa rawatan susulan, saya sudah mampu berjalan dan menjalankan kerja-kerja rumah seperti biasa.Saya amat bersyukur dan kini hidup saya lebih bahagia.
.
Testimoni 4: “Kencing Manis”
Nama : Abdul Ghafar b. Roslan
Umur : 51 tahun
Pekerjaan : Peniaga
Lokasi : Ipoh, Perak
Masalah : Kencing manis dan masalah kegatalan pada kaki
Saya menghadapi penyakit kencing manis sejak 13 tahun yang lalu. Sejak kebelakangan ini kaki saya selalu gatal – gatal dan luka. Akibatnya luka tersebut menjadi hitam. Saya mula risau dengan keadaan tersebut jika ia akan menjadi lebih parah.
Satu hari, saya ada bertemu dengan seorang kawan lama yang kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur. Kawan saya itu memberitahu saya tentang kaedah rawatan di Alternatif Mahsuri.Pada mulanya saya tidak begitu yakin untuk berubat di sana tetapi setelah melihat kawan saya telah sembuh dari penyakit kencing manis yang dihidapinya saya terus ingin mencuba.
Tiga hari pertama menggunakan ubat yang disyorkan, saya mula terasa akan perubahannya. Seluruh badan saya mula menjadi lenguh-lenguh dan sering buang air kecil. Saya tahu itu merupakan tindakbalasnya. Saya terus mengambil ubat tersebut hingga sebulan dan juga membuat rawatan susulan. Saya juga turut diberi ubat sapu untuk kaki. Alhamdulillah..saya betul-betul gembira apabila kaki saya yang kehitam-hitaman sebelum ini telah menunjukkan perubahan ketara. Tiada lagi gatal-gatal di sekitar kaki.
.
Testimoni 5: “Berhenti Merokok”
Nama : Ahmad Razlan Mohd
Umur : 54 tahun
Pekerjaan : Usahawan
Lokasi : Cheras, Kuala Lumpur
Masalah : Berhenti merokok
Saya merokok semenjak dari sekolah menengah lagi dan sehingga kini usia saya telah mencecah 50 tahun. Tabiat merokok telah sebati dalam diri.Saya merokok sekurang-kuragnya 4 kotak dalam sehari. Saya pernah empat kali cuba berhenti merokok, tetapi akibat faktor persekitaran dan jiwa saya yang lemah, saya kembali ke tabiat asal.
Pada suatu hari selepas saya pulang dari sembahyang Jumaat, saya terbaca risalah Rawatan Alternatif Mahsuri.Saya amat tertarik dengan perkhidmatan yang ditawarkan,lalu saya pergi kesana bersama isteri.
Di sana saya telah diberi terapi aura dan kaunseling oleh Dr. Ghani selain ubat yang berkaitan. Dengan azam yang kuat serta beberapa sesi kaunseling, saya telah berjaya menghentikan tabiat merokok sepenuhnya.Kini hidup saya bebas dari rokok dan kehidupan saya lebih sihat dan berkualiti.
.
Testimoni 6: “Anak Degil Dan Malas Belajar”
Nama : Pn. Rahimah Yaacob
Umur : 45 tahun
Pekerjaan : Arkitek
Lokasi : Pendang, Kedah
Masalah : Anak degil dan malas belajar
Mempunyai anak yang degil dan malas belajar memang menguji kesabaran .Lebih-lebih lagi bagi anak yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR atau SPM.Begitu juga anak sulung saya yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Saya begitu runsing bila melihat anak sulung saya itu sejak dari kecil, dia memang kurang aktif, malas belajar dan sudah pandai melawan. Pada mulanya saya ingat mungkin anak perempuan memang begitu, tetapi melihat kawan-kawannya yang lain, saya yakin anak saya perlu bantuan intensif.
Bila ditegur akan kegemarannya menonton TV, ada saja jawapannya.Apabila dia membaca dan membuat latihan yang diberikan guru sekolah, paling tidak pun cuma 10 minit.Masa selebihnya banyak dihabiskan dengan termenung dan menguap.Langsung tidak menampakkan kesungguhannya terhadap pelajaran.
Telah pelbagai ikhtiar saya lakukan, agar masalah anak saya dapat diselesaikan memandangkan tahun ini dia akan menduduki peperiksaan penting. Dari kelas tambahan, di sekolah dan dirumah beliau masih tiada peningkatan yang memberangsangkan.
Masalah ini telah saya ceritakan kepada seorang rakan sepejabat.Lalu rakan saya itu telah mencadangkan agar saya mengambil ubat IQ & EQ dari Rawatan Alternatif Mahsuri. Di samping itu juga anak saya turut diberi kaunseling untuk menyelami masalah yang dihadapinya. Alhamdulillah, setelah 3 minggu nampak perubahan pada anak saya dan kini dia lebih ceria untuk belajar dan lebih bermotivasi terhadap diri sendiri.
.
Testimoni 7: “Sakit Sendi”
Nama : Mohd Hassan Hasyim
Umur : 40 tahun
Lokasi : Senawang, Seremban
Masalah : Sakit sendi dan sengal – sengal tulang
Penyakit yang saya hadapi iaitu sengal-sengal tulang dan sering sakit lutut jika berjalan terlalu lama. Keadaan ini membuatkan saya tidak selesa dan tidak dapat melakukan kerja berat kerana sering terganggu apabila sakit ini menyerang. Sakitnya begitu menyucuk pada setiap urat sendi.
Suatu hari saya mendapat risalah daripada seorang kawan mengenai Terapi Aura yang sungguh berkesan untuk menyembuhkan penyakit sendi dan saraf. Saya amat teruja untuk mencubanya setelah saya mendapat keterangan daripada Rawatan Alternatif Mahsuri mengenai keberkesanannya. Tanpa berlengah saya membuat temujanji dan setelah mendapat rawatan di sana saya begitu berpuas hati dengan keputusannya. Tiada lagi rasa lenguh sendi dan sakit lutut juga berkurangan setelah 3 kali rawatan.
.
Testimoni 8: “Migrain”
Nama : Jaslina Jasmine
Umur : 25 tahun
Pekerjaan : Akauntan bank
Lokasi : Hulu Langat, Selangor
Masalah : Migrain
Penyakit migrain ni memang dah lama saya hadapi. Sekiranya cuaca panas, kurang tidur atau bebanan kerja yang banyak di pejabat, mulalah penyakit migrain saya datang menyerang. Biasanya saya akan menelan 2 biji panadol bagi melegakan kesakitan namun setelah sekian lama saya dapat rasakan ubat tersebut tidak mampu lagi memberi kelegaan.
Sedang saya melayari internet, saya terbaca iklan mengenai Rawatan Alternatif Mahsuri, lalu tanpa berlengah saya pergi kesana. Semasa dalam rawatan, saya diberi ubat dan membuat Terapi Aura. Saya juga digalakkan berpantang makan makanan berlemak dan makanan yang sejuk. Pada mulanya saya masih mengalami migrain yang teruk, tapi saya telah dinasihati oleh Doktor agar terus memakan ubat yang diberikan sekerap yang mungkin.kerana itu adalah kesan dari tindakbalas ubat .
Setelah beberapa hari, saya dapati badan saya lebih segar dan sehingga kini saya tidak lagi bergantung pada ubatan lain.Saya amat gembira diatas perubahan yang ketara ini dan saya telah banyak memperkenalkan Rawatan Alternatif Mahsuri kepada saudara mara dan sahabat handai. Sekiranya anda mencuba, saya pasti anda juga turut gembira.
.
Testimoni 9: “Gangguan Halus”
Nama : Raziah Ahmad Fauzi
Umur : 27 tahun
Pekerjaan : Setiausaha
Lokasi : Shah Alam, Selangor
Masalah : Gangguan halus
Saya mengalami gangguan ini sejak setahun lalu. Pada mulanya saya hanya merasakan sakit – sakit seluruh badan tetapi kini saya sering jatuh pengsan 2 hingga 3 kali sehari sehingga menjejaskan prestasi kerja saya. Pelbagai rawatan yang saya lakukan tidak kira moden atau tradisional tetapi penyakit saya tetap sama sehingga saya rasa berputus asa.
Semasa melayari internet saya terbaca mengenai Rawatan Alternatif Mahsuri yang menyediakan rawatan untuk penyakit seperti saya . Semasa awal perubatan keadaan saya begitu teruk kerana perlu melawan dari segi spiritual dan fizikal saya terlalu lemah untuk mengatasinya, tetapi Alhamdulillah setelah 3 kali rawatan saya beransur sihat. Saya diberikan air penawar dan ayat – ayat tertentu untuk pendinding diri. Kini hidup saya lebih yakin dan begitu gembira dengan kehidupan saya sekarang.
.
Testimoni 10: “Gout Dan Bengkak Kaki”
Nama : Fauzi Alias
Umur : 38 tahun
Pekerjaan : Juruteknik
Lokasi : Temerloh, Pahang
Masalah : Gout dan bengkak kaki
Sudah dua tahun saya diserang penyakit gout. Semakin hari semakin teruk walaupun saya berpantang makan terutama sekali makanan laut. Setiap hari saya perlu menelan ubat yang sama membuatkan saya begitu jelak untuk menelannya dan badan pula terasa letih setiap hari.
Kaki saya membengkak sehingga pada satu tahap saya sukar berjalan dan terpaksa berbaring sepanjang hari dan perlu naik kerusi roda jika perlu kemana-mana. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Kerja saya juga terganggu kerana selalu ambil cuti sakit. Hinggalah pada suatu hari kawan saya memberitahu mengenai rawatan di RAM. Penerangan mengenai kaedah rawatannya membuka hati saya untuk berubat di sana.
Semasa awal perubatan, saya perlu melakukan terapi aura sebagai melancarkan darah dan membetulkan saraf. Ubat juga dibekalkan untuk melancarkan lagi proses perubatan. Saya mengulangi terapi seminggu sekali pada bulan pertama. Pada bulan kedua saya sudah boleh berjalan sedikit menggunakan tongkat dan ternyata badan saya terasa bertambah sihat dan segar.
Saya meneruskan rawatan di RAM dan saya disyorkan membuat terapi ais untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Setelah 3 bulan saya tidak perlu bergantung kepada kerusi roda atau tongkat lagi. Saya begitu gembira kerana saya juga tidak perlu makan ubat hospital untuk seumur hidup saya.Kini saya boleh berkerja semula dengan lebih selesa dan yakin.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!



July 5th, 2010 22:22
adakah rawatan mengembalikan period sya..saya tidak pernah period sejak tahun 2004 sehingga sekarang..masalah sya disebabkan prolaktin yang tinggi dalam badan..makan ubat moden pun tidak berjaya turunkan prolaktin saya..
September 25th, 2011 13:29
mcmmana nak order ubat melalui online?
April 21st, 2013 20:26
saya nak ubat untuk siflis/hiv dan kanser melanoma/kulit…
berapakah kos sebulan
July 22nd, 2015 17:17
assalamualaikum
Saya nak minta nasihat ubat untuk ibu saya, iaitu tidak dapat mengawal kencing apabila terasa nak buang air kecil. Selalu tidak sempat sampai ke tandas air kencing telah keluar.
terima kasih.
November 2nd, 2015 11:32
salam tuan sy zack dr n.9 ingin bertanya beberapa soalan haraf dapat jawapan dr pehk tuan ..
sy menghadapi sakit yg begini …
1.kaki sy dr betis hingga ke tapak kaki bisa2 bagai dihiris2
2.perut sy selalu kekejangan dan berangin apabila perut mengalami simtom begitu sy akan rasa macam nak pitam dan denyutan nadi menjadi laju
3.pinggang sy sebelah kanan rasa sakit sangat.
4.sy menghadapi susah buang air besar
5.berat badan jatuh mendadak dan selera makan tak ada.
sy ada kencing manis dlm bacaan 8/9 sahaja …
Persoalan sy boleh ke mahsuri merawat penyakit sy ini dan jika ianya berpunca dari saraf boleh ke di rawat dan cara mana rawatan dibuat serta tempoh masa serta kos rawatannya …
t.kasih haraf dapat jawapan segera ///
January 5th, 2016 15:02
Emak saya menderita penyakit saraf yang seakan simtom Parkinson. Bahagian kanan tangannya menggeletar dan lemah sukar berjalan.
Bolehkah pihak Tuan membuat rawatan ke rumah iaitu di Taman Maju Seri Iskandar (Tronoh) Perak.
Emak saya sukar berjalan dan sukar untuk duduk lama di dalam kereta.
Fadzil,
Seri Iskandar, Perak