Diet Yang Sihat

Artikel Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Di kalangan masyarakat kini ramai yang kurang faham tentang pentingnya sesuatu makanan itu mengikut kadar diet yang sihat.Mereka sering tidak menitik berat kadar makanan tanpa mempedulikan mana yang perlu di kurangkan atau pengambilan penting dalam sistem badan.Ada juga yang lebih sukakan makanan ringan atau makanan segera yang semakin mendapat sambutan tidak kira dimana pun.Namun akibatnya akan mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan pada sistem badan terutamanya kadar metabolisme yang kurang.

Untuk pengetahuan bersama kandungan lemak yang banyak akan membuatkan tubuh badan menjadi tidak aktif dan mudah merasakan letih walaupun pengerakkan jarak dekat.Ini kerana kandungan lemak yang diambil terlalu banyak akan bertepu di liang-liang sistem penghadaman sehingga melambatkan proses percernaan dan menjadikan kelancaran darah yang kurang.Hakikatnya diet yang seimbang dapat membimbing sesetengah masyarakat dari gejala wabak penyakit yang berisiko tinggi.Sebahagian penyakit yang sering berlaku seperti
- Lemah Jantung
- Asthma
- Kolestrol
- Tekanan Darah Tinggi

Ada juga yang salah anggapan bahawa diet itu adalah salah satu faktor mengurangkan berat badan.Ini perkara yang sering berlaku kepada golongan wanita yang inginkan bentuk badan yang ideal.Namun untuk apa kelihatan cantik tetapi tubuh badan menjadi lemah dan kurang bermaya.Kejadiaan ini pula terjadi apabila kadar makanan diambil kurang dari kalori yang diperlukan setiap hari.Didalam sistem badan manusia semuanya saling memerlukan antara satu sama lain agar perjalanan sistem darah dapat berjalan dengan lancar tanpa mempunyai masalah.

Di setiap hari kita memerlukan makanan yang berkhasiat agar kehidupan boleh dijalan dengan keadaan ceria dan tenang.Tubuh badan manusia terlalu terhad untuk menjalankan kelancaran sesuatu sistem tanpa mempunyai pertolongan dari pemakanan.Sedia maklum bahawa pihak media juga telah banyak memainkan peranan penting untuk memberikan kesedaraan kepada masyarakat malahan kanak-kanak di sekolah juga telah di ajar cara pengambil makanan mengikut sistem piramid yang betul.

Kadar pengambilan yang perlu dalam kehidupan seharian manusia mengikut sistem piramid dibawah

Bagaimanapun dalam kehidupan ini perlu banyak memahami keperluan yang perlu ada pada diri sendiri agar dapat menghindari dari bermacam masalah dan dapat mengelakkan dari sebarang penyakit yang berisiko.

Technorati , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

3,095 views
Close
E-mail It