JERITAN SARAF

 Oleh rawatan alternatif Mahsuri

Dengan perkataan ini tiada siapa yang faham kecuali sesetengah orang yang prihatin sahaja mengambil tahu dan mengerti maksud ini.Apa itu jeritan saraf ? pentingkah penjagaannya? adakah ini terjadi? mengarut sahaja? pertanyaan-pertanyaan  yang sering berlegar di fikiran ketika membaca artikel ini.Jawapannya terpulang kepada individu untuk mentafsirnya namun di sini bila kita meneliti ia akan menjadi satu isu yang amat penting dalam kehidupan kita.

Percayakah anda bahawa saraf-saraf,sistem peredaran darah didalam badan seseorang semuanya mempunyai tugas terpenting dan disini bermaksud mereka semua berperasaan sepertimana tuan tubuhnya.Cuba kita renungkan apabila kita terlalu agresif menjalankan perihal kehidupan kita seharian sehingga kita terlupa keperluan tubuh kita yang disangka tidak berakal dan berperasaan.Sesiapa yang berfikiran ini mereka adalah salah sama sekali dan ia tergolong dalam orang yang leka dan lalai.Saraf juga adalah organ yang terlalu penting untuk kita menjaganya kerana ia terlalu halus seperti sehelai rambut.Cuma keadaan,situasi dan tugasnya tersembunyi disebalik tubuh yang gah bertutupi dengan ketampanan dan kecantikan luaran.

Jeritannya memang tidak didengari namun ia akan datang bila ia longlai dan disitu bermacam akan terjadi.Semasa itu janganlah kita mengeluh selepas ia mengeluh dan bosan dengan sikap ego kita.Saraf mengandungi berbagai sifat ia juga perlukan perhatian kerana ia banyak memberi jasa ketika kita memerlukannya.Kesannya terlalu mendalam ketika ia menyerang ke organ kita dan ketika itu kita akan merintih pula seperti mana ketika dahulu ia merintih dan meminta tolong untuk meluangkan masa menenangkan kerengangannya.

Simptom-simptomnya akan diketahui ketika :-
-Darah tinggi
-kebas dibahagiaan sendi
-Migraine
-kencing manis
-Rabun
Sebenarnya banyak sudut yang harus dan perlu di beri perhatian ketika penyakit mengenai saraf ini di ketahui disitu haruslah luangkan masa bukan sekadar memberi makan atau minum seperti ubat-ubatan atau vitamin malah meluangkan masa untuk mendengar rintihannya yang berkemungkinan berbakti setengah abad dengan umur seseorang.Sekiranya seseorang masih tidak mempedulikan dengan amaran pertamanya ia akan mengundang padah yang boleh membawa kepada kekejangan seperti :-
-Strok
-Osteoprosis
-Buta
-kanser
Ketika ini barulah jasad sedar kecuaian dalam mengendalikan tubuh yang di beri pinjam sementara agar dapat menjalankan amanah di muka bumi ini.Jadi disini hargailah saraf dengan meluangkan masa walaupun sesaat agar kepenatannya dibantu dengan rehat kita kerana dengan ini kita akan faham situasinya.Janganlah “selagi boleh” kita henyaknya sehingga ia menemui masa menembusi kita dengan “senjata yang berpelurukan kesakitan”.Rawat dan kenalpastilah saraf ketika kita suka dan gembira insyaALLAH ia akan menyempurnakan belaian kita dengan kefahamannya.   

Sumber : Analisis dari rawatan alternatif Mahsuri

Technorati , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

One Response to “JERITAN SARAF

  • MyAvatars 0.2
    1
    ct
    February 3rd, 2010 16:03

    askum,sy mgalami lumpuh pd tgn knan dr ats bahu ke jari slpas kmalangn jln rya.dktr mgesahkn sy mgalami mslh urat saraf dan otot bahu sy jatuh..mcm2 rwtn yg dh sy cuba,alhmdulillah jari sy mampu bgerak wlaupn lengan seperti lumpuh dn xmampuutk mengangkat.apakh ada rwtan laen yg dpt mbantu sy…

What Do You Think?

205 Views
Close
E-mail It