MAKLUMAT PENTING UNTUK IBU HAMIL DAN SUAMI
Antara penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung ialah:
1. Penyakit darah tinggi semasa mengandung.
Tanda-tanda:
- Tekanan darah Diastolik sama atau lebih dari 90 mmHg. dengan/tanpa
- Oedema (bengkak)
- Air kencing mengandungi albumin.
- Pertambahan berat badan yang berlebihan.
Komplikasi darah tinggi yang paling merbahaya kepada ibu & bayi ialah sawan (Eclampsia)
Tanda-tanda “Impending Eclampsia” (akan mendapat sawan):
- Loya-loya/muntah
- Sakit sudu hati (epigastric pain)
- Penglihatan menjadi kabur
- Pening kepala yang berterusan
2. Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational Diabetes)
Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:
- Air kencing mengandungi gula
- Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes
- Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes
- Anda pernah menghidap diabetes semasa mengandung yang lalu
- Obes (berat badan lebih dari 80kg)
- Anda pernah melahirkan anak yang beratnya lebih dari 3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.
- Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)
- Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang berulang.
3. Kurang Darah (anaemia) Semasa Mengandung
iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah adalah rendah. Paras haemoglobin kurang dari 10gm%.
Tanda-tanda:
- Pucat
- Letih
4. Pendarahan semasa mengandung
Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung ialah:
- Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)
- Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio Placenta) samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan tekanan darah tinggi/terjatuh/tercedera.
- Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj
Tanda-tanda:
- Keluar darah melalui kemaluan samada secara sedikit/ banyak dengan tiba-tiba.
- Pucat dan letih
- Sakit perut yang berterusan
Jika pendarahan beriaku dengan banyak dan secara tiba-tiba, denyutan nadi menjadi cepat dan tekanan darah rendah. Ibu dan bayi mungkin akan meninggal dunia jika lambat mendapat rawatan yang sewajarnya.
5. Jangkitan
a) Salur kencing
Tanda-tanda:
- sakit semasa kencing
- demam
- sakit dibahagian ari-ari
b) Kemaluan
Tanda-tanda:
- Gatal dikemaluan
- Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk
6. Penyakit perubatan, termasuk Lelah (asthma), Penyakit Jantung, Kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.
Wanita yang mengetahui mereka menghidapi penyakit-penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain, perlu mendapat khidmat kaunseling (Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan sebelum merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan kepada beliau sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segala arahan yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.
7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin.
Tanda-tanda:
- Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas bersalin (melebihi 500 ml).
- Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.
- Tekanan darah menjadi rendah
- Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya menjadi periahan jika pendarahan berterusan.


(3 votes, average: 3.67 out of 5)





August 4th, 2008 11:59
salam… bulan lepas period saya datang sedikit sedikit.Saya membuat pemeriksaan urine keputusannya -ve. Namun makcik saya seorang bidan bersalin memeriksa mengatakan saya telah hamil.Bila kah waktu yang sesuai untuk saya membuat pemeriksaan.
April 17th, 2009 15:33
Salam…..sya skarang hamil anak ke-3 dah masuk 14minggu, masalahnya setiap kali bersama suami, darah akan keluar dan berbau, sya dah pergi jumpa doktor tetapi doktor bagitahu, saya tak mengalami apa-apa masalah berhubung kandungan saya….namin begitu, perasaan takut menghubungi saya… apakah sebenarnya masalah yang saya hadapi ini???
May 27th, 2009 13:43
salam..
Bulan April saya datang bulan pada 16/04, bln May mengikut kiraan saya akan dtg bulan pd 15/5 tetapi bulan saya x dtg, saya telah lewat dtg bulan selama 12 hari mengikut kiraan 30 hari pd setiap bulan. Setelah test keputusan adalah +ve.. Adakah sesuai saya pergi membuat pemeriksaan sekarang atau saya perlu menunggu sehingga 13/6 baru pergi klinik?
July 23rd, 2009 21:09
salam…
Sy kini sedang hamil anak ketiga, manakala anak sy yg kedua dilahirkan secara pembedahan. Kini, sy sedang hamil 16 minggu dan mengalami hipotiroid, semenjak 5 tahun lepas. Baru-baru ini sy mengalami masalah pendarahan berterusan dan doktor menyatakan uri sy duduk di bawah. Sy telah berjumpa doktor dan doktor telah menghentikan pendarahan tetapi selang sehari kemudian pendarahan berulang semula. Apakah implikasi yang akan berlaku ke atas masalah tersebut?
December 30th, 2009 11:19
salam..
sy bru b’kahwin dan sedang mengandung ank sulung…tetapi sy dan suami sedang mengalami masaalh rumahtangga yg agak serius…sy tidak dpt mengawal emosi sy..adakah ini akan menjejaskan kandungan sy..??bagaimana untuk sy menghadapi mslh2 ini tnpa menjejaskn bayi sy..?
May 13th, 2010 19:42
saya skrg menandung anak ke 2. masalah yg saya hadap skrg sy sering gugur dan apabila mengandung mesti berlakunya pendarahan. skrg sy br mengandung 6 minggu tapi sudah berlaku pendaraha. sy nak bertanya apa masalah yg sy hadapi apabila berlakunya pendarahan setiap kali mengandung dan apabila berlakunya pendarahan tersebuat bayi didalam kandung sy tu akan selamat atau pun berlakunya kegugura?..
September 6th, 2010 13:51
anak saya 28 minggu telah meninggal dunia dalam perut ( still birth ) anak ke 3
kerana masalah darah tinggi. saya ingin merancang mengandung. adakah ia menjadi masalah lagi ?
June 26th, 2011 14:26
salam ann…
kamu harus lakukan ujian air kencing utk mengesahkan kamu mengandung atau tidak …anda ble lakukan di klinik swasta atau d klinik kerajaan utk membuktikan kamu mendapatkan kptsn yang tepat…
August 31st, 2011 13:35
saya mengandung masuk 26 minggu anak ke 4 , doktor mengatakan bayi dalam kandungan ada masalah paru-paru ,adakah boleh dirawat semasa dalam kandungan?
September 21st, 2011 20:21
salam,ada kah semasa hamil kta bleh sama2 dngan suami?
January 8th, 2012 16:34
salam, adik saya mengandung 7 bulan. tapi ada masalah jangkitan kuman dalam rahim dan pemeriksaan doktor mendapati “jalan” telah ada untuk melahirkann baby. apakah kesan daripada masalah diatas terhadap bayi yang adik saya kandung juga rawatan yang perlu diambil.