Panduan Penyusuan Bayi

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Di peringkat awallah keperluan antibodi perlu di beri perhatian kerana diperingkat inilah memudahkan sesuatu rawatan.Ini kerana semasa bayi sistem organ-organ didalam badan terlalu sensitif dan apabila tidak dikawal bermacam-macam masalah timbul seperti :
* Alahan
* Batuk Berkahak
* Tonsilitis ( Tekak kemerahan )
* Selsema
* Jaundice ( sakit kuning )

Semua ini berlaku hanya kerana ibubapa kurang menyedari aspek persekitaraan.Setiap bayi yang di lahirkan semuanya dalam situasi penyesuaian dengan keadaan sekeliling,ia mudah dan cepat mengesan perubahan keadaan.Jiwa bayi terlalu sensitif dan sistem imunenya masih belum dalam keadaan terkawal serta mudah mendapat penyakit yang berpunca dari virus.

Dengan cara penyusuan ibu yang betul dan teratur juga amat penting dalam membentuk tumbesaran bayi.Memang tidak dinafikan di zaman moden ini ramai yang memilih untuk menggunakan kaedah susu rumusan yang banyak dijual dipasaran dari penyusuan susu badan.Ini semua berfaktor kerana ramai ibu-ibu yang keluar mencari rezeki.

Hakikatnya penyusuan susu ibu sememangnya paling berkhasiat untuk perkembangan sistem bayi kerana ini pemakanan pertama untuk mereka.Namun disamping itu ibu juga perlu memainkan peranan dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.Si ibu juga tidak digalakkan mengambil makanan yang :
* Berangin
* Pedas
* Berkafein
* Jamu

Sekiranya masih tidak mengawal pengambilan makanan ia akan membawa bahaya pada sistem penghadaman bayi dan bayi akan sering merengek kerana tidak tahan dengan bahan-bahan yang berhaba.Kalau ini tidak dibendung bayi mudah mengalami masalah
* Cirit Birit
* Ruam
* Muntah
* Demam
* Perut kembung

Walaupun penyusuan bayi dengan susu ibu amatlah baik namun sekiranya ibu tidak memahami penjagaannya ia akan mengundangkan banyak risiko pada sistem badan bayi sendiri.Ibu juga perlu mengambil pemakanan seimbang seperti
* Sayur-sayuran
* Buah-buahan
* Memperbanyakkan minum air suam

Dan bagi ibu yang ingin menggunakan susu rumusan formula atau lebih dikenali susu tepung seeloknya digalakanlah meminta khidmat nasihat doktor bagi mencari susu yang sesuai untuk tumbesaran bayi agar tiada kesan yang boleh mendatangkan kemudaratan pada sistem badan bayi.

Technorati , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

2,914 views
Close
E-mail It