Penyakit Mati Putik

Apakah mati putik?…Mati putik dan mati pucuk adalah dua perkara yang sama,bezanya,mati putik dialami oleh kaum wanita sementara istilah mati pucuk pula digunakan untuk lelaki.Dua2nya amat di gerungi oleh kaum adam dan hawa kerana ianya boleh menggugat kebahagian pasangan yang telah berkahwin.

Mati putik selalunya melibatkan hubungan suami isteri dimana seorang isteri menjadi dingin untuk melakukan hubungan sex.Mereka akan mencari pelbagai helah dan mencipta pelbagai alasan bagi mengelak dari menunaikan permintaan suami.Mati putik ini berpunca dari gangguan urat saraf terutama selepas seseorang wanita itu melahirkan anak.Gangguan urat saraf di bahagian alat sulit membuatkan perjalanan darah tidak lancar dan urat nafsu juga menjadi lemah,tidak berupaya seterusnya tidak berfungsi dengan baik.Selain itu kepenatan dan keletihan membuat kerja rumah dan melayan kerenah anak2 juga boleh menyebabkan para isteri mengalami gejala mati putik dan hilang ghairah untuk melakukan sex bersama suami.Lain-lain faktor yang membantu mati putik adalah :-

- Isteri merasa malu kerana usia yang meningkat dan anak telah membesar.

- Merasa diri tidak memberangsangkan lagi.

- Bersikap malu dan jijik mengadakan sex dan menolak sama sekali kehendak dan keinginan suami yang inginkan keistimewaan dan kelainan .

- Masih seperti patung apabila melakukan sex ,tiada tindak balas dan keistimewaan.

Bagaimana untuk memulihkannya atau mengelakkan  mati putik?

Sebagai seorang wanita dan isteri kita mesti tahu menjaga dan mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan sendiri.Jangan memandang remeh segala pesan dan tip yang diberikan oleh orang-orang tua kita.Lebih-lebih lagi ketika dalam pantang selepas bersalin.Jamu atau ubat2 traditional yang dibuat dari akar2 kayu dan rempah ratus telah terbukti dapat merawat segala permasaalahan kewanitaan antaranya seperti keputihan,faraj berair dan berbau,longgar dan kurang sensitif walau pun dirangsang.

Apa yang seharusnya dilakukan?

Selain dari penjagaan dalaman dengan mengamalkan jamu atau lain-lain, penjagaan luaran juga amat penting.Berurut,bertungku dan bertangas sangat-sangat digalakkan pada ibu-ibu yang baru bersalin namun ianya tidak terhad pada wanita yang dalam pantang sahaja.Sesiapa pun boleh mengamalkannya selepas haid atau dijadikan rutin .(bertangas).

Technorati , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 2 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

  • No Related Posts

One Response to “Penyakit Mati Putik

What Do You Think?

7,610 views
Close
E-mail It