Tip Untuk Tidurkan Bayi Dengan Betul.

Sememangnya agak sukar menidurkan bayi terutamanya di malam hari.Seolah-olahnya putaran masa mereka berlainan dengan golongan dewasa.Marah,geram semua ada pada ibubapa apabila melihat anak-anak mereka semakin ligat walaupun sudah larut malam.Sekiranya masalah ini berlarutan ia akan meletihkan anak anda di siang hari.

Di sini ada beberapa tip yang boleh di praktikkan mengikut rutin harian sehingga anak-anak anda menjadi selesa.

* Riba bayi
- Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur.Sambil mengerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur.Dalam masa yang sama bayi tidak boleh di paksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.

* Dodoikan anak
-Dengan memeluk erat akan memberikan keselesaan kepada bayi apabila berada didalam dakapan anda.Dalam masa yang sama ia akan terjaga bila anda meletakkan mereka sebelum mereka benar-benar lena.

* Dukung Pada Bahu
-Dukung  bayi anda di bahu sambil mengerakkan badan serta menepuk-nepuk lembut belakang bayi agar mereka bertambah selesa.

*Dukung Muka Ke Bawah
-Cara begini akan memberi keselesaan pada bayi terutamanya bayi yang mengalami masalah kembung perut.Dengan mengurut perlahan-lahan dari atas ke bawah.

* Tepuk Bayi
-Ini lebih sesuai apabila bayi akan berasa selesa apabila anda dengan diri mereka dekat.Anak-anda akan merasakan selamat bila mereka ada benar-benar dalam dakapan anda.Peluk anak anda  dan tepuk secara beirama.
* Makanan Awal
- Adakalanya apabila bayi lapar akan membuatkan mereka sukar untuk melelapkan mata.Oleh itu sebelum anda menidurkan mereka pastikan anak anda dalam keadaan kenyang.Selain minum susu anda boleh menyuapkan mereka makanan mengikut kesesuaian dan rehatkan mereka sebelum tidur.

* Urutan Pada Bayi
- Urutan diseluruh badan bayi termasuk tangan,kaki.Lakukan urutan selama lakukan selama lima minit sebelum bayi tidur agar dapat memberi keselesaan pada bayi.

Technorati , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

  • No Related Posts

What Do You Think?

4,334 views
Close
E-mail It