BILA NAFSU MENGUASAI AKAL

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Inilah yang sering dialami oleh sesetengah masyarakat kini.Ramai yang menilai sesuatu dengan menggunakan nafsu sebelum berfokuskan akal.Sepatutnya lumrah kehidupan yang sebenar seseorang manusia itu perlu menggunakan akal fikiran dalam membuat sesuatu keputusan.Dari segi kewangan juga mudah membuatkan manusia dikuasai nafsu.Bila nafsu menjalankan semua jawapan difikiran keburukan akan menimpa seseorang.Sememangnya pada mulanya nampak berjaya namun dipenghujungnya akan muncul kecundang dan kegagalan.

Ada juga yang sanggup mengetepikan halal dan haram demi kepuasan diri.Banyak sudut yang mepengaruhi dengan seseorang mengutamakan nafsu dari akal terutamanya :
- Kehimpitan hidup
- Inginkan jalan pintas
- Akal yang tidak boleh berfungsi

Bagi dari kekeluargaan pula mereka akan cepat marah dan suka melepaskan tekanan pada seseorang.Sehingga ada juga yang sanggup memukul anak-anak mereka tanpa ada belas kasihan.Seseorang begini tidak sedar apa yang mereka lakukan dan terus melakukan sesuatu tanpa memikirkan buruk dan baiknya.Bila dah terjadi perkara buruk barulah penyesalan tidak sudah dengan perbuatan diri sendiri.

Tidak boleh dinafikan dimasa kini ramai yang berfikir berunsurkan nafsu.Kalau tidak dibendung banyak bahananya pada diri sendiri.Yang boleh dikaitkan seseorang itu mengikut nafsu seperti :
- Membuang bayi
- Gugurkan kandungan
- Amuk
- Pembunuhan
- Penderaan
- Maksiat

Ini sebahagian yang boleh dikaitkan tapi hakikatnya ia datang dan bergantung pada diri sendiri untuk mengawalnya.Dalam hidup ini sememangnya menghimpit sekiranya tidak dikawal namun kalau berlapang dada tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan.Azalinya seseorang itu dikurniakan akal fikiran yang cukup indah dan boleh mentafsir dengan baik.Jadi gunakanlah agar perjalanan hidup tenang tanpa ada risiko.Akal boleh mentafsir positif dan negatif jadi tidak perlulah utamakan nafsu dalam membuat keputusan.

Inginkan yang terbaik perlulah asasnya baik barulah indah kehidupan.Kesedaran dan munasabah diri haruslah dilakukan untuk kebaikan bersama agar dapat mengelakkan perkara buruk.Jangan menyesal dikemudian apabila nasi dah jadi bubur.Sebelum membuat keputusan haruslah bertenang dalam berfikir dan membuang sifat tamak atau gopoh.

Technorati , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

One Response to “BILA NAFSU MENGUASAI AKAL

  • MyAvatars 0.2
    1
    zam
    January 19th, 2011 09:12

    mf mganngu sy nk tau ape punca sy skit pala pd belah malam sehinggakn pkl 3 pg,mslahnya ia mgganggu masa kerja sy(mengantuk),sy dh cbe pergi klinik panel dr.suspect kanser otak?blhkah pihak tuan/puan dpt mbantu

What Do You Think?

3,023 views
Close
E-mail It