KEPERITAN HATI
Ya ALLAH…Dimana laluan yang hendak ku tuju untuk menahan keperitan ini.Sakit yang ditanggungi terlalu mendalam dan hendak kemana untuk mengadu.keputusan hanya perlu dilakukan dengan petunjukmu namun kabur dipandangan ku.
Dengarlah Ya ALLAH …Pilihlah aku untuk mendapat pertunjukmu.Luaskan pertolonganmu untuk ku dan janganlah himpitkan ku dengan ruangan yang terlalu sempit sehingga wang ketika ini tidak penting lagi untuk ku…(Insan yang mencari jalan untuk membantu keperitan kesakitan terus menadah tangan)
Laluan demi laluan dilalui namun masih tiada jalan keluar yang tinggal hanya cebisan tangisan dan harapan.Semakin hari orang disekeliling semakin gerun melihat jasad yang terbaring seperti mayat hidup namun ku tetap teruskan memanjat doa agar keampunan disirami kearah ku dan ku sedari kesilapan yang lalu mengajarku erti bertaubat.
Ada pepatah yang arwah ibu ku katakan “tiada alasan untuk berundur tanpa berusaha”
disini baru ku mengerti maksud ini yang ketika itu ku menolak hidup-hidup kerana kemegahan ku diatas kesenangan yang ku anggap penting.Berdoalah wahai anakku walaupun ketika itu hanya tangan mu yang mampu bergerak kerana ALLAH terlalu amat mengerti isian hatimu.Inilah nasihat yang sering berlegar difikiran ku ketika ku di kemuncak kejayaan.Sehinggalah disuatu ketika tangan dan kaki ku mula menunjukkan signal untuk memberi ku peluang memahami dan akal ku mengarah pandangan ku untuk ke computer.Orang disekeliling ku semuanya terkejut melihat keanehanku,namun ku tidak pedulikan dan ku teruskan kerana tidak mahu melawan lagi.Alhamdulilah doa ku dikabulkan dengan hanya mengenali sesebuah pusat rawatan ku terus memaksa pemanduku menghantar ketika itu juga.
Dalam perjalanan banyak halangan yang ku tanggungi namun kecekalan datang membantu kerana ku tahu ALLAH itu maha menyayangi hambanya kerana ku yakin ini jalan pertunjuk yang ku pinta dan untuk apa ku menolak dengan pohonan sendiri.Cukuplah palingan yang dulu ku terima dari Maha Esa dan tidak akan aku lakukan kecuaian lagi.
Dirawatan itu ku banyak diajar dengan erti keyakinan diri agar ketenangan menyelami.Dengan berkat usaha ku untuk merawat dan usaha rawatan itu merawat ku banyak bongkaran cerita yang terdapat ditubuhku dan dengan keizinan ALLAH telah mengurniakan kesembuhan yang sangat menakjubkan sehingga ku sedar bahawa keyakinan itu akan datang bersama ketenangan dan wang itu hanya teman ketika suka yang membawa padah sehingga merosakkan pemikiran.Disini baru ku fahami bahawa kemana kita pergi haruslah letakkan ALLAH nombor satu barulah kejayaan itu datang berbagai sudut.Fahamilah sejenak kesilapan didada kerana disitu ada ruang keinsafan dan ada jalan ke ilahi.
Keagungan Ilahi tiada tolak bandingnya kerana disetiap ujiannya ada jawapan yang terselit tanpa difahami oleh akal.Pelajarilah mengenali waktu yang kita gagal untuk menunaikan kewajipan sebagai hambanya.
Nota : Luahan Hati seorang pesakit melalui email untuk dikongsi bersama setelah berusaha melalui kaedah rawatan alternatif Mahsuri
Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!






