MUNGKIR JANJI

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri.

Sifat ini sememangnya nampak mudah dipandangan dan kefahaman.Namun ia boleh membuatkan orang hilang kepercayaan pada individu yang sering tidak menepati janji.Sebahagian orang yang sering melakukan begini akan memudahkan lagi untuknya memperolehi penyakit terutamanya
-Gemuruh
-Tekanan darah tinggi
-Mental

Ini disebabkan gelombang marah dari pihak tertentu menghantui diri.Yang lagi menyakitkan apabila telah membuat temujanji yang formal dengan mudah membatalkan tanpa sebarang khabaran.Sifat begini boleh mendatangkan kemarahan tidak kiralah pada individu atau pihak tertentu.Dengan cara begini boleh membuatkan jiwa terganggu disebabkan tidak membuat pembatalan walaupun hanya melalui telefon.

Individu yang mempunyai sifat begini juga boleh dikatakan kurang disiplin dalam hidup sendiri.Alasan yang selalu didengari bila di beritahu ada temujanji
- “Maaflah,ada hal.Ingatkan tadi nak telefon”
- “Yeke saya ada buat temujanji”

Soalan begini selalu diajukan untuk menyelamatkan diri sendiri.Selalunya orang sebegini sering dikatakan cakap tidak serupa bikin.Sekali dua dapatlah dimaafkan tapi kalau dah berulang kali kemarahan akan timbul.Dah pun dinamakan temujanji,tarikh dan masa telah ditetapkan jadi mengapa perlu ada berbagai alasan untuk memungkirinya.

Tidak dinafikan juga individu begini mempunyai sifat yang takut untuk berhadapan dengan cabaran.Mereka membuat keputusan terburu-buru tapi tiada jalan penyelesaian yang baik walaupun untuk diri sendiri.Ada juga yang mengajukan soalan apakah sifat ini boleh berubah? jawapannya hanya diri sendiri sahaja yang perlu mencari jalan untuk berubah.Orang yang sering memungkiri janji perlu mengetahui kesalahan diri dan berubahlah dengan segera sebelum terlambat.

Memang bukan mudah untuk mengatur masa jadi ketika menguruskannya haruslah berhati-hati dan jangan mudah untuk mengukir janji demi kepentingan sendiri.Ada juga yang memungkiri janji untuk mendapatkan sesuatu hasil kerja yang lebih bagus dan meninggalkan temujanji yang dianggap tidak penting walaupun itu yang diatur dari awal,tapi bila di penghujungnya akan ke temui kegagalan.Bak kata pepatah “Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.”Inilah yang sering terjadi pada seseorang yang mempunyai sifat mungkir janji.

Untuk kefahaman bersama akal seseorang itu terhad,jadi bila mengatur sesuatu ikutlah seperti yang dirancang agar perjalanan kehidupan dilalui dengan tenang dan disiplin.

Technorati , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

2,932 views
Close
E-mail It