What is this? From this page you can use the Social Web links to save Punca Penyakit Strok to a social bookmarking site, or the E-mail form to send a link via e-mail.

Social Web

E-mail

E-mail It
September 30, 2011

Punca Penyakit Strok

Posted in: rawatan

Beberapa gejala penyakit yang menyerang tanpa amaran seperti strok perlu di titik beratkan.Penyakit-penyakit yang diluar jangkaan atau sekilas pandang itulah yang akan membawa padah apabila ia tidak di pedulikan.Beberapa penyakit yang boleh menjadi punca kepada strok seperti:- Angin Ahmar

Apabila saluran darah tidak berjalan dengan lancar sehingga melemahkan sistem peredaran darah.Ini berlaku disebabkan sekatan darah beku yang menganggu proses kelancaran nutrien dan oksigen ke sel otak.

Berikut adalah makanan yang perlu dikawal dalam pengambilan makanan agar dapat mengawal gejala strok seperti

-Snek,

-makanan beku

-makanan segera

-makanan berlemak

-makanan dalam tin

-Air berkabonat

Sememangnya tidak dinafikan bahawa makanan sebegini mudah dan enak dalam penyediaan masa dan rasa.Namun untuk pengetahuan bersama makanan sebegini banyak mengandungi lemak trans,gula,garam,MSG (monosodium glutamat),disodium fosfat,sodium alginate,natrium yang tinggi.Penggunaan bahan tambahan sebegini digunakan secara komersil kerana memudahkan penyimpanan dan ia boleh melambatkan proses peluputan.Makanan sebegini dihasilkan melalui proses hydrogenated dan pengawetan.Menurut kajian pengambilan yang berlebihan akan menambahkan kolesterol negatif dan mudah menghapuskan kolesterol positif dalam tubuh badan.Ini disebabkan kerana sistem darah menjadi pekat dan menganggu sistem peredaran darah untuk ke sistem arteri.Masalah sebegini juga memudahkan penyakit seperti darah tinggi,kencing manis,kanser,leukaemia menyerang individu. Dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung makanan yang mengandungi lemak trans dan pengawetan akan dapat mengelakkan dari berlakunya sebarang penyakit yang berbahaya.

Tidak dikecualikan bahawa makanan yang berunsurkan daging merah juga boleh mendatangkan risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang berbahaya.Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi dan ia juga amat berbahaya bagi penghidap sakit jantung dan angin ahmar.Ini kerana lemak yang tepu pada daging merah akan membuatkan sistem arteri menjadi tersumbat dengan tempelan protein dan lemak Untuk mendapatkan lemak dan protein dalam pemakanan seharian boleh mengambil daging ayam,ikan,kekacang dan tenusu tanpa lemak.Dengan ini makanan yang berlemak seperti daging merah dapat di kurangkan.

Technorati , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


Return to: Punca Penyakit Strok