HEPATITIS ( RADANG HEPAR/HATI)
Posted in: Tip Kesihatan,rawatan
Pengenalan penyakit
-Penyakit ini mengakibatkan sel-sel hepar rosak seterusnya menyebabkan hepar tidak dapat lagi menghapuskan pigmen hempedu.
-Kerosakan hepar mengakibatkan pigmen hempedu akan dirembeskan ke dalam usus.
Jenis-jenis hepatitis.
-Terdapat 5 jenis hepatitis iaitu A,B,C,D dan E.
-Untuk hepatitis A dan E ia tidak akan menyebabkan penyakit hepar yang kronik seperti sirosis dan kanser hepar berbanding hepatitis B,C dan D.
Punca penyakit/ faktor risiko.
_Penyakit hepatitis adalah berpunca dari virus.
-Hepatitis A-disebabkan oleh virus HAV.Ia didapati daripada makanan dan minuman yang tercemar.
-Hepatitis B-dibawa oleh virus HBV
-Hepatitis C-disebabkan oleh virus HCV.Ia berpunca dari berkongsi jarum suntikan,pemindahan darah, melalui luka dengan alat peribadi seperti pisau cukur,akupuntur dan tatu.
-Hepatitis D-disebabkan oleh virus HDV.Seseorang itu hanya dijangkiti virus tersebut sekiranya ia pernah mendapat hepatitis B
-Hepatitis E-dijangkiti oleh virus HEV yang didapati oleh makanan yang tercemar.Ia berpunca daripada proses pemindahan darah.
Tanda-tanda simptom
-Demam
-Letih
-Kurang selera makan
-Pening kepala
-Loya dan muntah-muntah
-Pening kepala
-Sakit perut
-Kencing berwarna kuning teh
-Kehilangan berat badan
Langkah pencegahan
-Elakkan berkongsi barang peribadi seperti berus gigi, pisau cukur dan tuala.
-Berhati-hati semasa mengendalikan darah atau cecair tubuh yang terkena pada pakaian anda.
-Kendalikan makanan dengan cara bersih dan selamat.
-Hindari gerai atau restoran yang kotor.
-Tinggalkan aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan hubungan seksual secara rambang.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
Return to: HEPATITIS ( RADANG HEPAR/HATI)
Social Web