Archive for the 'Tip Kesihatan' Category

Kelebihan Bersenam

Gelombang hidup sihat mula melanda negara kita, tetapi sedihnya sebilangan besar masyarakat Malaysia kurang memberikan perhatian kepada penjagaan kesihatan dan lebih teruk ke-rana mengandaikan mereka bebas daripada penyakit.

Nampaknya tanpa sedar ramai yang memegang konsep ‘Saya sihat sehinggalah dibuktikan sakit’. Ia konsep pincang yang perlu dibuang kerana pegangan seperti inilah membuatkan ramai tidak melihat kepentingan pemeriksaan kesihatan, walaupun sedar mengamal-kan gaya hidup yang boleh menjerumuskan ke lubuk penyakit.

Antara cara untuk menjaga kesihatan ialah dengan bersenam. Semua orang tahu perkara ini, tetapi berapa ramai yang benar-benar sedar dan menjadikannya sebagai satu agenda harian yang wajib dilakukan?

Ramai pakar perubatan menyifatkan senaman antara ubat yang bukan saja murah, malah amat berkesan dalam merawat dan me-ngawal pelbagai masalah kesihatan. Namun, masih ada kelompok yang mencari-cari alasan untuk melepaskan diri daripada menunaikan tuntutan badan ini.

Bahkan ada banyak kepercayaan salah mengenai senaman. Berikut disenaraikan beberapa fakta untuk kita renungkan bersama dan moga-moga boleh dijadikan perangsang bagi memulakan gaya hidup yang lebih cergas dan sejahtera.

Read the rest of this entry »

Technorati , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...

Jangan Biarkan Tekanan Menjadi Bahana

Sememangnya di kalangan masyarakat kini ramai yang mengalami masalah tekanan emosi.Tidak kira berbagai sudut semuanya akan membuatkan seseorang itu stress.Dalam kehidupan yang serba mencabar dengan  sudut ekonomi yang terhad boleh membuat seseorang itu hilang arah untuk mencari jalan keluar bagi memenuhi kehendak yang berlebihan dari keperluan.

Sekiranya ia tidak terkawal akan membuatkan seseorang itu murung hanya disebabkan buntu disebalik lorong hutang yang banyak.Tidak dinafikan bahawa masalah wang banyak mempengaruhi minda sehingga mereka tidak dapat mengawal perasaan mereka sendiri.Minda seseorang itu terhad dan tidak dapat menampung terlalu banyak input yang berunsurkan  negatif sehingga boleh membuatkan seseorang itu tidak mampu menilaikan yang mana baik dan buruk.

Bagi pelajar pula banyak yang tekanan disebabkan oleh desakan keluarga yang mahukan terbaik tanpa mempedulikan keupayaan diri anak mereka sendiri.Ada juga yang sanggup mengambil jalan yang singkat untuk merosakkan diri sendiri hanya kerana takut menunjukkan keputusan peperiksaan.Sebagai ibu bapa juga tidak boleh memaksa anak mereka tanpa mempedulikan apa yang mereka mahukan.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Penyakit Mati Putik

Apakah mati putik?…Mati putik dan mati pucuk adalah dua perkara yang sama,bezanya,mati putik dialami oleh kaum wanita sementara istilah mati pucuk pula digunakan untuk lelaki.Dua2nya amat di gerungi oleh kaum adam dan hawa kerana ianya boleh menggugat kebahagian pasangan yang telah berkahwin.

Mati putik selalunya melibatkan hubungan suami isteri dimana seorang isteri menjadi dingin untuk melakukan hubungan sex.Mereka akan mencari pelbagai helah dan mencipta pelbagai alasan bagi mengelak dari menunaikan permintaan suami.Mati putik ini berpunca dari gangguan urat saraf terutama selepas seseorang wanita itu melahirkan anak.Gangguan urat saraf di bahagian alat sulit membuatkan perjalanan darah tidak lancar dan urat nafsu juga menjadi lemah,tidak berupaya seterusnya tidak berfungsi dengan baik.Selain itu kepenatan dan keletihan membuat kerja rumah dan melayan kerenah anak2 juga boleh menyebabkan para isteri mengalami gejala mati putik dan hilang ghairah untuk melakukan sex bersama suami.Lain-lain faktor yang membantu mati putik adalah :-

Read the rest of this entry »

Technorati , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 2 out of 5)
Loading ... Loading ...

Tip Untuk Tidurkan Bayi Dengan Betul.

Sememangnya agak sukar menidurkan bayi terutamanya di malam hari.Seolah-olahnya putaran masa mereka berlainan dengan golongan dewasa.Marah,geram semua ada pada ibubapa apabila melihat anak-anak mereka semakin ligat walaupun sudah larut malam.Sekiranya masalah ini berlarutan ia akan meletihkan anak anda di siang hari.

Di sini ada beberapa tip yang boleh di praktikkan mengikut rutin harian sehingga anak-anak anda menjadi selesa.

* Riba bayi
- Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur.Sambil mengerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur.Dalam masa yang sama bayi tidak boleh di paksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.

Read the rest of this entry »

Technorati , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Ulser Mulut

Ulser mulut adalah sejenis penyakit yang kebiasaannya berlaku kemerahan berbentuk tompokkan bulat pada bahagian-bahagian dalam mulut.Kebiasaanya pesakit akan mengalami kegatalan dan terasa sedikit denyutan bisa pada bahagian ulser.kemungkinan pada mulanya ulser berlaku hanya mengalami luka dari kesan tergigit namun ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan seseorang itu mengalami tekanan.

Pesakit akan merasakan ketidak selesaan di bahagiaan dalam mulut dan sekiranya ia tidak dirawat ulser itu akan mudah dijangkiti kuman dan mudah membesar serta bertukar warna menjadi kekuningan seakan menanah.Ulser ini bukanlah penyakit yang serius namun ia perlu dirawat agar ia tidak melarat dan akan membuatkan rasa sakit apabila ingin makan,minum,memberus serta akan menjadikan pernafasan berbau.

Ada juga sebilangan yang menderita disebabkan ulser mulut yang berlarutan.Biasanya ulser akan terjadi dalam sekitar seminggu namun ia boleh kembali kemerahan semula sekiranya tiada langkah berjaga diambil.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

Batuk Asma

Batuk Asma adalah salah satu daripada tanda-tanda serangan asma. Batuk boleh berubah-ubah dalam intensiti bergantung kepada tahap keadaan pada badan seseorang. Batuk juga boleh berbeza-beza mengikut keamatan faktor pencetus kepada masalah tersebut. Penyakit ini juga bergantung kepada individu yang berbeza. Ini adalah berdasarkan kepada badan seseorang. Jadi masalah ini mungkin boleh didapati dari alam sekitar, haiwan, manusia atau keadaan kesihatan yang lain. Ia juga boleh kering atau dengan lendir.

Seseorang boleh batuk untuk tempoh masa yang singkat atau tempoh yang berpanjangan. Ada orang yang mendapat serangan apabila berangin dan oleh itu harus menghalang dari angin. Batuk yang jika digabungkan dengan kekurangan nafas dan semput adalah amat berbahaya. Perhatian perubatan dengan segera perlu dicari. Pesakit asma sebaik sahaja mereka mengetahui keadaan mereka, mereka juga perlu datang kepada terma-terma yang mempunyai gejala-gejala. Ini adalah kerana mereka patut belajar untuk hidup lebih tenang.

Read the rest of this entry »

Technorati , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Kemurungan @ Depression

Apabila orang bercakap tentang kemurungan, mereka biasanya bermaksud seseorang yang merasa letih dan lesu, dan yang secara amnya telah hilang kepentingan dalam hidup. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa terdapat banyak jenis kemurungan, seseorang boleh mengalami dengan setiap jenis, sering menunjukkan simptom yang berbeza.

Walaupun ini tidak merupakan satu senarai lengkap, di sini adalah gambaran singkat bentuk yang paling biasa berlaku bagi kemurungan.

Kemurungan yang ringan / minor adalah permulaan kategori-kurangnya teruk tertekan. Biasanya gejala-gejala tidak begitu teruk bahawa mereka mempunyai kesan besar dalam kehidupan pesakit, walaupun kemurungan masih boleh menyebabkan kesedihan dan gangguan. Ramai orang yang mengalami kemurungan yang ringan tidak pernah mendapatkan rawatan – mereka tidak percaya gejala ini cukup teruk.

Dysthymic Disorder adalah satu bentuk jangka panjang kemurungan ringan (berkekalan dua tahun atau lebih). Seperti kemurungan yang ringan, kebanyakan penghidap tidak pernah meminta bantuan kerana mereka tidak percaya gejala mereka cukup teruk. Juga seperti kemurungan ringan, gejala kemurungan dysthymic biasanya tidak memberi kesan yang besar ke atas kehidupan pesakit sehari-hari. Tetapi apabila keputusan jangka panjang kemurungan dianggap, kesannya boleh besar. Orang yang mengalami kemurungan dysthymic sering tidak ingat masa apabila mereka tidak tertekan.

Kemurungan sederhana sesuai di antara kemurungan ringan dan kemurungan utama. Simptom kemurungan yang sederhana adalah lebih teruk dan banyak daripada kemurungan yang ringan, dan mereka mula mempunyai kesan ke atas kehidupan kerja, rumah dan sosial pesakit. Walaupun kemurungan yang ringan dan kemurungan dysthymic boleh pergi tanpa disedari oleh orang lain, tanda-tanda kemurungan sederhana biasanya ketara. Jika tidak dirawat, orang yang menderita akibat tekanan perasaan yang sederhana boleh terlepas ke dalam kemurungan utama.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...

Sakit Sendi

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam sebahagian besar ramai yang mengalami masalah sendi.Ini kerana penyakit sendi terjadi semua pada lapisan umur.Sendi-sendi manusia terdiri di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti:-
-Siku
-Pergelangan tangan
-Punggung
-Lutut
-Buku Lali
-Sendi Jari
-Sendi Kaki

Dalam setiap pengerakkan manusia memerlukan sendi yang sihat agar pengerakkan seharian berjalan dengan lancar.Tanpa sendi kita tidak mungkin boleh menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna seperti menggerakkan:
- Kaki,tangan
- leher
- Membongkokkan badan
- Membuka mulut untuk makan

Di sini kita boleh tahu bahawa peranan sendi itu amat penting dalam sistem pengerakkan badan kita.Ini kerana sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi melicinkan pengerakkan.Tulang rangka juga berfungsi untuk menyokong tisu lembut dan melindungi organ dalam serta memberi kestabilam kepada badan secara menyeluruh.Apabila penggunaan sepanjang masa akan menyebabkan tulang sendi haus dalam peningkatan usia.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Pengalaman Pesakit Saraf MS

SELEPAS disahkan menghidap penyakit saraf multiple sclerosis (MS) setahun lalu, kehidupan Nazatul Aqmar Nazri, 25 mula berubah.

Ketika berumur 14 tahun, dia mula mendapat tanda awal tentang MS. Kadang-kadang dia mengalami gangguan memori, percakapan sukar untuk berjalan dan badan sebelah kiri terasa berat. Lebih berat lagi, apabila dia tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan besar. Namun simptom tersebut kadang-kadang datang dan hilang. Namun, Nazatul tidak menghiraukan keadaan itu kerana ingin menumpukan pada pelajaran dan aktiviti sekolah.

Dia pernah dimasukkan ke wad dan doktor mendapati ada tanda putih di otaknya. Dia menolak apabila pihak hospital mahu mengambil air tulang belakang untuk memastikan punca sebenar penyakitnya.

Read the rest of this entry »

Technorati , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It