MENGATASI KETAKUTAN

BAGAIMANA perasaan anda andai suatu hari diberitahu doktor bahawa penyakit yang paling ditakuti sudah bersarang dalam tubuh? Gementar, cemas, takut dan pastinya soalan ini yang terbit dari bibir, “Mengapa saya?”Soal sebanyak mana sekali pun, anda pasti tidak akan menemui jawapannya. Begitu yang dialami Lena Abdullah, saat disahkan bahawa ketulan kecil yang terdapat di bahagian pahanya adalah sel kanser yang sedang agresif.

Rasa takut dan putus asa menguasai diri. Berhari-hari beliau menangis dan memikirkan kenapa keadaan itu berlaku kepada dirinya.

“Saya tidak merokok, sentiasa bersenam dan menjaga pemakanan. Malah saya juga tidak ada sejarah keluarga yang menghidap kanser, namun kenapa ia berlaku?,” katanya memulakan bicara.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Punca Anak Degil

Oleh Rawatan Alternatif Mahsuri

Cara mengatasi anak degil mudah sahaja cuma ingin melakukannya atau tidak.Hakikatnya semua manusia di muka bumi ini memerlukan perhatian zahir dan batin.Sekirannya kita lapar adakah cukup hanya dengan meminum air kosong sahaja itu tidak mungkin bukan begitu jugalah soal perasaan.

Permulaannya memang nampak geram bila melihat teletah seorang anak yang tidak mahu mendengar kata dan suka memprotes.Bila berada disituasi begini sebagai orang tua tidak perlu cepat melatah sehingga sanggup memukul mereka dengan kejam sehingga dendam anak kepada orang tuanya bertambah mendalam.

Dizaman yang moden ini memang tidak dinafikan bahawa kehidupan akan terhimpit sekiranya ibu tidak membantu mencari nafkah bersama tetapi jangan terlalu lalai dan leka sehingga mengabaikan anak yang berada di rumah tanpa perasan samada mereka berlapar atau pun tidak sihat.Mereka yang bernama anak semuanya memerlukan perhatian dan ketika kita berada didalam situasi mereka juga kita inginkan benda yang sama iaitu kasih sayang.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Punca Penyakit Stroke

SEGERA ke hospital jika merasakan diri mula menunjukkan tanda-tanda awal serangan angin ahmar atau strok.

Jangan ada istilah tunggu sebentar apabila dikesan amaran awal itu kerana sikap melengah-lengahkan sebenarnya akan membawa kesan lebih buruk.

Perkara ini mungkin pernah berlaku kepada orang tua yang biasanya mahu menunggu anak pulang dahulu dari tempat kerja sebelum membawa mereka menjalani pemeriksaan selanjutnya di hospital.

”Rawatan segera adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan seseorang itu dari menjadi mangsa serangan angin ahmar,” kata Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

PENYAKIT G6PD

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia.

Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan

kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana

ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Sakit Sendi

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam sebahagian besar ramai yang mengalami masalah sendi.Ini kerana penyakit sendi terjadi semua pada lapisan umur.Sendi-sendi manusia terdiri di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti:-
-Siku
-Pergelangan tangan
-Punggung
-Lutut
-Buku Lali
-Sendi Jari
-Sendi Kaki

Dalam setiap pengerakkan manusia memerlukan sendi yang sihat agar pengerakkan seharian berjalan dengan lancar.Tanpa sendi kita tidak mungkin boleh menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna seperti menggerakkan:
- Kaki,tangan
- leher
- Membongkokkan badan
- Membuka mulut untuk makan

Di sini kita boleh tahu bahawa peranan sendi itu amat penting dalam sistem pengerakkan badan kita.Ini kerana sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi melicinkan pengerakkan.Tulang rangka juga berfungsi untuk menyokong tisu lembut dan melindungi organ dalam serta memberi kestabilam kepada badan secara menyeluruh.Apabila penggunaan sepanjang masa akan menyebabkan tulang sendi haus dalam peningkatan usia.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Pengalaman Pesakit Saraf MS

SELEPAS disahkan menghidap penyakit saraf multiple sclerosis (MS) setahun lalu, kehidupan Nazatul Aqmar Nazri, 25 mula berubah.

Ketika berumur 14 tahun, dia mula mendapat tanda awal tentang MS. Kadang-kadang dia mengalami gangguan memori, percakapan sukar untuk berjalan dan badan sebelah kiri terasa berat. Lebih berat lagi, apabila dia tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan besar. Namun simptom tersebut kadang-kadang datang dan hilang. Namun, Nazatul tidak menghiraukan keadaan itu kerana ingin menumpukan pada pelajaran dan aktiviti sekolah.

Dia pernah dimasukkan ke wad dan doktor mendapati ada tanda putih di otaknya. Dia menolak apabila pihak hospital mahu mengambil air tulang belakang untuk memastikan punca sebenar penyakitnya.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...

Kanser Prostat

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Ramai kaum lelaki mengalami masalah kanser prostat tanpa mereka sedari.Ini sering berlaku kerana kebanyakkan kaum lelaki kurang prihatin dalam hal kesihatan berbanding kaum wanita.Untuk pengetahuan bersama kanser prostat ini adalah penyakit yang membunuh secara senyap dan dikategorikan penyakit yang membunuh kedua tertinggi di kalangan kaum lelaki di Amerika Syarikat.Manakala Di Malaysia pula menduduki tangga ke enam didalam carta penyakit kanser.

Disini ada beberapa faktor yang berisiko di luar kawalan seperti:

Faktor Umur – Sebagaimana sedia maklum bahawa kanser prostat kurang berlaku pada kaum lelaki yang di bawah umur 50tahun.Tetapi ia akan meningkat secara dramatik selepas peringkat umur tersebut.

Keturunan – Adalah berisiko tinggi apabila salah seorang dalam ahli keluarga pernah menghidapi penyakit kanser prostat.

Bangsa – Kebanyakkan cenderung kepada kaum lelaki Afrika-Amerika

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...

Tanda-tanda Dan Punca Sakit Mata

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Secara umumnya ramai yang akan mengeruni dengan masalah sakit mata.Ini kerana mata adalah pancaindera yang amat penting dalam kehidupan manusia.Sakit mata sememangnya amat pedih dan gatal sehingga menjadikan mata kemerahan.Sakit mata ini tidak boleh dielakkan kerana ia tidak kira peringkat umur dan kanak-kanak juga mudah dijangkiti.Sepertimana yang sediamaklum bahawa sakit mata adalah sejenis penyakit yang mempunyai virus dan mudah berjangkit.

Ada juga sebilangan yang mempunyai alahan pada bahagian mata yang dipanggil allergik konjuktivitis sehingga menjadikan kegatalan dan kemerahan pada mata.Masalah sebegini sering berlaku dan dikategorikan :-
Konjungtivitis (Selaput luar biji mata)
- Yang terhasil dari jangkitan virus dan kuman (bakteria)
- Mudah berjangkit tidak kira peringkat umur dan perlu mengambil tindakan pencegahan dengan segera.

Sakit mata konjungtivitis berpunca dari :-
- Bulu Haiwan
- Habuk
- Pencuci Peluntur
- Peluntur Cat
- Pengawetan dalam ubat mata

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

Tanda-tanda Sakit Gout

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Untuk pengetahuan bersama penyakit gout ini terlalu umum dan ia terjadi berpunca dari kadar asid urik yang berlebihan dalam darah sehingga menyebabkan pesakit akan merasakan kesakitan pada bahagian sendi.Ini disebabkan oleh mendapan urik asid yang berlebihan didalam badan sehingga mengganggu sistem metabolisme dan mengurangkan proses pengendalian asid dalam melancarkan pengeluaran yang stabil.Selain itu kegagalan buah pinggang juga salah satu faktor ketidak seimbangan memproses menyah asid yang berlebihan.

Ada juga yang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit gout kerana kesakitan gout berlaku tanpa mengira masa dan siapa.Dalam Kajian kami gout boleh terjadi disebabkan
* Keturunan
* Pengambilan makanan yang kaya protein ( makanan laut )
* Kekurangan air dalam badan

Walaupun gout ini pada dasarnya nampak seperti sejenis penyakit yang tidak berbahaya namun dalam kegagalan merawatnya ia akan mengundang penyakit batu karang dibahagian buah pinggang.Batu karang ini juga akan mendatangkan risiko dan memudahkan jangkitan kuman serta kerosakkan buah pinggang.Dalam peringkat awal gout boleh dikenal pasti melalui
Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It