KATARAK
a)Pengenalan Penyakit
-Katarak adalah sejenis penyakit mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dapat menembusinya.
-Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan pesakit akan menjadi buta jika tidak dirawat
b)Punca penyakit/faktor risiko
-Pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakitnya.
-Kelebihan gula yang ada dalam darah akan menyebabkan berlakunya katarak
-Orang dewasa yang berumur 60 tahun keatas
-Katarak merupakan suatu proses akibat perlanjutan usia
-Kanak-kanak dan bayi baru lahir dengan komplikasi
-Katarak boleh berlaku jika ibu menghidap infeksi seperti penyakit Rubella semasa mengandung
c)Tanda-tanda/Simptom
-Penglihatan semakin kabur
-Sukar membaca kerana penglihatan tidak jelas
-Kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang
-Selaput putih pada anak mata
-Merasa silau terhadap cahaya
d)Langkah pencegahan
-Segeralah berjumpa doktor mata untuk pemeriksaan bagi mencegah diri anda dari kehilangan penglihatan
-Jauhi diri anda dari asap,debu dan cuaca yang panas

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!