KEGAGALAN BUAH PINGGANG
KEGAGALAN BUAH PINGGANG
a)Pengenalan Penyakit
-Setiap orang mempunyai sepasang buah pinggang sebesar penumbuk berbentuk seperti kacang merah di kiri dan kanan tulang belakang dan terletak pada aras pinggang.
-Setiap satu buah pinggang mempunyai 1 juta sel refron berperanan membersihkan darah.Jika sel-sel ini hanya tinggal beberapa ratus sahaja maka fungsinya akan terjejas
-Tugas-tugas buah pinggang
-Mengawal imbangan asid/bes dalam badan
-Mengawal imbangan air dan elektrolit
-Mengeluarkan bahan-bahan kumuh dan toksik
-Mengeluarkan prostagladin dan hormon renin untuk mengawal tekanan darah
-Mengeluarkan enzim ‘eryhropoetin’untuk membantu pembentukan sel darah merah
-Mengawal penyerapan kalsium dari sistem penghadaman
b)Jenis-jenis Penyakit
-Akut (acute renal failure)-keadaan apabila fungsi buah pinggang terhenti secara sementara
-Kronik-apabila fungsi buah pinggang terhenti secara kekal dan tidak dapat dipulihkan hanya dengan pembedahan pemindahan buah pinggang.
c)Punca Penyakit/ Faktor Risiko
-Diabetes mullitus
-Penyakit kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi dan lemah jantung.
-Pielonefritis iaitu jangkitan kuman pada buah pinggang
-Saluran kencing tersekat akibat penyakit batu karang ataupun bengkak prostat.
-Keracunan dan alahan akibat pengambilan dadah,bahan kimia atau ubat-ubatan.
-Keturunan
d)Tanda-tanda/Simptom
-Darah dalam air kencing
-Rasa sakit dan perit ketika membuang air kencing
-Kerap kencing terutama pada waktu malam.
-Bengkak di bahagian tangan dan kaki.
-Sakit belakang terutama di bahagian pinggul
-Pening kepala

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
June 27th, 2011 05:34
KEGAGALAN BUAH PINGGANG…
[...]KEGAGALAN BUAH PINGGANG. a)Pengenalan Penyakit-Setiap orang … Jika anda berminat untuk mendapatkan produk di bawah … gangguan sihir gangguan usus perut gaout gatal gatal gatal …[...]…